ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada lagi ‘full loan’ untuk pembelian kereta bermula Ogos?

Berita Tempatan

Views

Portal Sinar Harian melaporkan, bermula Ogos ini, tiada lagi skim pinjaman penuh untuk pembelian kenderaan.

Oleh yang demikian, akan menjadi satu kesalahan sekiranya pembeli atau penjual melakukan transaksi secara ‘full loan apabila peraturan ini mula berkuatkuasa.

Laporan yang sama menyebut, bahawa selepas ini setiap pembeli yang mahu membeli kereta menerusi skim pinjaman atau ansuran, mereka harus membayar wang pendahuluan.

Wang pendahuluan atau deposit itu sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Rakan media di Paul Tan pula melaporkan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mula memperkenalkan e-invois. Ini akan turut mempengaruhi pembeli dan penjual kereta.

Ia akan menunjukkan secara digital tentang transaksi antara pembeli dan penjual kereta dengan format yang boleh dibaca oleh mesin.

Langkah untuk menghapuskan pinjaman penuh atau ‘full loan’ ini dikatakan diambil sebagai langkah mengatasi masalah penjual kereta yang tidak telus dalam penetapan harga.

Mereka meletakkan mark up‘ harga lebih tinggi daripada sepatutnya ketika menghantar permohonan pinjaman daripada bank.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Antara cara pembeli menambah lagi amaun harga adalah dengan memasukkan sekali pakej aksesori tambahan, filem penapis sinaran matahari, kamera pemuka dan banyak lagi.

Oleh sebab itu, Paul Tan turut memberikan senario bahawa, sebuah kereta berharga RM36,000 kini menjadi RM45,000. Ini kerana penjual cuba memaksimumkan harga berdasarkan nilai pinjaman yang pembeli itu layak dapat.

Selepas ini setiap penjual kenderaan harus menghantar e-invois mereka kepada kerajaan. Dan sistem ini dianggap boleh mengekang masalah ‘mark up‘ harga yang melampau ini.

Semua proses harus melalui LHDN dan angka yang dinyatakan dalam e-invois itu harus sama dengan jumlah sebenar. – Vocket

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Rediff.com

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply