Nama Geome ini sebenarnya versi lain untuk sub-jenama Geometry dan Xingyuan pula adalah model hatchback padat yang bakal berentap dengan BYD Dolphin dan Wuling Bingo.
Sekilas pandang, gaya reka bentuk Geome Xingyuan mirip dengan smart #1, terutama sekali rekaan bumbung terapungnya.
Dari arah depan, ia menampilkan rekaan lampu seakan titisan air mata yang terbalik dan pada sisi fendernya dihiasi pemantul berbentuk-C berkembar dan secara keseluruhan ia seakan bentuk topeng.
Model ini juga ditawarkan dengan beberapa pilihan reka bentuk rim yang ranggi, manakala pemegang pintunya lebih konvensional mungkin untuk meminimakan kos dan mengekalkan fungsi aerodinamiknya.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Dari arah belakang, Geome Xingyuan menampilkan kluster lampu berbentuk seakan segi tiga berbucu tumpul dan tidak kelihatan pula bilah pengelap pada cermin belakang, sesuatu yang agak aneh sebenarnya.
Dari segi dimensi, Geome Xingyuan berukuran 4,135 mm panjang, 1,805 mm lebar, dan 1,570 mm tinggi, manakala jarak tapak rodanya pula 2,650 mm.
Varian spesifikasi rendah didatangkan dengan motor elektrik 58 kW TZ160XS001. Ini membolehkannya mencecah kelajuan tertinggi 125 km/j.
Berat bagi versi ini adalah 1,215 kg dan ia ditawarkan dengan pilihan rim bersaiz 15 atau 16-inci. Versi spesifikasi tinggi dilengkapi dengan motor elektrik 85KW TZ160XS002.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Kelajuan tertingginya mencecah 135 km/j, lebih 10 km/j berbanding versi spesifikasi rendah. Nampak macam ‘takde la power’ sangat kan?
Versi ini juga lebih berat 70 kg, iaitu 1,285 kg dan hanya ditawarkan dengan pilihan rim bersaiz 16-inci.
Buat masa ini tidak diketahui kapasiti baterinya, namun berkemungkinan versi spesifikasi tinggi dilengkapi bateri litium besi fosfat yang dibekalkan oleh CATL.
Tidak diketahui juga sama ada Geome Xingyuan mempunyai versi pemanduan kanan (RHD), selain pemanduan kiri (LHD). Sekiranya ada, mungkin ia berpotensi sebagai calon model EV kedua untuk Proton e.MAS.
Mungkin, ia boleh menjadi pencabar kepada model EV pertama keluaran Perodua yang dijangka bakal dilancarkan pada 2025.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Auto.Sohu
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI