ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta lumba elektrik berkuasa hidrogen (HyPER) dipamerkan semasa pelancaran program NESTI

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini secara rasminya telah melancarkan Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga Nasional (NESTI).

Program ini merupakan platform perintis peringkat kebangsaan dalam usaha membangun dan mengkomersialkan sistem penyimpanan tenaga untuk mobiliti elektrik, kegunaan di dalam sektor domestik dan industri serta penyelesaian mudah alih.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, YB Datuk Sri Dr. Adham Baba. Program ini terajui oleh MOSTI dengan NanoMalaysia Berhad (NMB) sebagai agensi pelaksana.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Menurut Dr. Adham Baba, MOSTI sentiasa mencari penyelesaian berasaskan sains, teknologi dan inovasi (STI) untuk memudah dan menaik taraf kehidupan rakyat.

Tambah beliau, penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan penginovasian (R&D&C&I) dalam teknologi storan tenaga ini memberi impak sampingan (spin-offs) yang positif kepada perniagaan mikro dan kegunaan peribadi seperti bateri, ultra kapasitor, storan hidrogen dan reaktor, sistem pengurusan tenaga dan kitar semula bateri.

NESTI juga memudahcara transformasi ke arah penggunaan mobiliti elektrik yang lebih meluas dalam kalangan warga Malaysia selaras dengan sasaran Neutral Karbon 2050. Pada majlis yang sama, satu demonstrasi kenderaan elektrik bertenaga sel yang pertama untuk kegunaan di dalam industri sukan permotoran di Malaysia, telah diadakan.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Kereta Lumba Elektrik Berkuasa Hidrogen (HyPER) ini dikuasai oleh Sistem Penyimpanan Tenaga Hidrogen dan Hibrid NanoMalaysia (H2SS), yang berpotensi untuk memacu sektor automotif dan pengangkutan Malaysia menuju ke arah industi tenaga boleh diperbaharui, khususnya tenaga hidrogen hijau.

H2SS adalah gabungan sistem penyimpanan tenaga hibrid dengan bateri lithium ion (Li-Ion) dan ultracapacitor berasaskan graphene, serta susunan sel bahan api dengan sistem penjanaan hidrogen.

Penggunaan penjanaan hidrogen di dalam sistem H2SS ini membolehkan ketumpatan kuasa yang lebih tinggi dan pengecasan pantas berbanding kenderaan berasaskan Li-Ion konvensional.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply