ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga badan kebajikan NGO terima tajaan bahan bakar dari Petron

Berita Tempatan

Views

Petron Malaysia menyokong beberapa badan kebajikan dalam misi mereka memberikan bantuan perubatan dan makanan kepada komuniti. Tiga badan kebajikan bukan kerajaan (NGO) iaitu Community Policing Malaysia, MERCY Malaysia dan My Food Directory & Delivery Covid-19 telah menerima tajaan minyak dari Petron Malaysia bernilai RM60,000.

Pengurus Besar Petron Malaysia, Puan Faridah Ali berkata, pihaknya berasa gembira dapat menyokong organisasi-organisasi berkenaan dan berharap tajaan minyak ini mampu meringankan sedikit beban mereka untuk memenuhi misi pada waktu yang sukar ini.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Menurut aktivis, Uncle Kuan daripada Community Policing Malaysia, sepanjang tahun, pihaknya telah berjaya membantu ramai orang melalui inisiatif Ambulans RM1 dan Teksi RM0.10, di mana sesiapa yang memerlukan bantuan boleh membayar servis dengan harga RM1 dan RM0.10 sahaja.

Pihaknya amat berterima kasih kepada Petron dan melalui tajaan bahan api tersebut membolehkan mereka membantu lebih ramai lagi keluarga B40 yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan ke hospital dan pusat pemberian vaksin.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Semenjak PKP tahun lepas, Petron kekal komited dalam memberi sokongan kepada misI-misi kemanusiaan di bawah MERCY Malaysia, yang menyasarkan kepada komuniti dan hospital.

Pengurus Besar Operasi Program MERCY Malaysia, Said Alhudzari Ibrahim berkata, pihaknya berterima kasih kepada Petron Malaysia yang mendorong usaha dan semangat mereka untuk terus menyalurkan bantuan kepada sistem perubatan dan menyediakan keperluan asas kepada komuniti yang terkesan.

Sebuah lagi badan kebajikan, iaitu My Food Directory & Delivery Covid-19 (MFDDC19) kini mempunyai lebih dari 90 penghantar sukarelawan yang bertugas di 70 kawasan di Lembah Klang. Kata pentadbirnya, Sara Low, dengan kehadiran Petron, mereka boleh menyediakan lebih sokongan kepada 90 lebih orang pemandu yang bertugas sebagai penghantar makanan kepada komuniti di Lembah Klang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply