ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga lelaki maut, Saga FLX terbabas putus dua langgar pokok

Berita Tempatan

Views

Tiga lelaki terkorban dalam kemalangan ngeri di Jalan Lintas Batu Sapi ke Batu Lapan, di Sandakan, hari ini. Menurut Harian Metro, dalam kejadian pada 11.30 pagi itu, identiti sebenar semua mangsa belum diperoleh.

Difahamkan, semua mangsa menaiki kereta Proton Saga FLX sebelum ia terbabas melanggar pokok menyebabkan kenderaan itu terputus dua.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Akibatnya, dua mangsa dilaporkan terhumban ke luar dari kereta manakala seorang lagi tersepit sebelum dikeluarkan anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 11.40 pagi lalu bergegas ke lokasi dengan lapan anggota bomba.

Ujarnya, sebaik tiba, didapati berlaku kemalangan membabitkan kereta Proton Saga FLX yang dipercayai terbabas sendiri.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Menurut laporan, terdapat tiga mangsa dalam kemalangan itu dengan dua orang dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.

Sementara itu, seorang lagi dikeluarkan anggota bomba selepas tersepit lalu diserahkan kepada pihak polis. Semua mangsa dilaporkan meninggal dunia.

Jimmy berkata, identiti semua mangsa belum diperoleh setakat ini dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 12.06 tengah hari.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply