ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga unit Isuzu D-Max X-Terrain bakal jadi tarikan di KL Fashion Week 2022

Berita Tempatan

Views

Bersempena dengan KL Fashion Week (KLFW) 2022, Isuzu Malaysia yang merupakan penaja Kenderaan Gaya Hidup Terulung acara tersebut akan mempamerkan tiga unit Isuzu D-Max X-Terrain di Pavilion Kuala Lumpur, bermula pada 15 hingga 21 Ogos 2022.

Dengan bertemakan, “The Bigger, The Better” KLFW tahun ini sangat bersesuaian dengan imej Isuzu D-Max generasi ketiga dan memperluaskan lagi dimensi pilihan bagi penggemar gaya hidup.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Pemenang pelbagai anugerah trak tahunan terbaik itu membuktikan kekuatannya sebagai ikon rekaan dan layak mendapat layanan karpet merah sebagai kenderaan rasmi acara tersebut.

Tiga unit Isuzu D-Max X-Terrain yang akan dipamerkan nanti adalah unit berwarna Valencia Orange yang mewakili sisi kembara menyeronokkan, Onyx Black yang menonjolkan sisi premium dan gaya, serta Silky Pearl White yang mencerminkan kompleksiti dan kepintarannya.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Antara ciri canggih trak pikap ini termasuklah peninjau 360-darjah, pengecas telefon nirwayar, sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar serta ciri Sistem Bantuan Pemandu Termaju.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo, Isuzu D-Max mencabar norma kebiasaan dan membolehkan anda untuk mengukir memori tersendiri dengannya.

Temui kesemuanya di laluan pejalan kaki utama di pusat Kuala Lumpur, satu di ruang legar air pancut Pavilion, satu di laluan penghubung ke Quivio dan satu lagi di seberang jalan di hadapan Fahrenheit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply