ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton S50 (SS11) versi hatchback – Sifu Theophilus Chin beri gambaran awal Suprima S generasi baharu

Gambaran Artis

Views

Dalam artikel terdahulu kami pernah bercerita mengenai sebuah model sedan Proton yang bakal diperkenalkan pada tahun 2023. Desas-desus mengatakan model tersebut akan berasaskan sedan Geely Emgrand generasi keempat (namakod SS11) yang telah dilancarkan di China, 30 Mei lalu.

Emgrand generasi keempat (SS11) berkongsi pelantar BMA dengan SUV, Bin Yue (X50) dan dari segi dimensi, ia berukuran 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar, 1,460 mm tinggi manakala jarak antara gandarnya pula 2,650 mm.

Roadtax di Malaysia Mahal dan Ini Puncanya! - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ia dikuasakan oleh enjin petrol aspirasi normal JLC-4G15B 1.5 liter empat-silinder petrol yang mampu menjana 114 kuasa kuda dengan 147 Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan bersama transmisi CVT menerusi pacuan roda hadapan. Model sedan ini mampu mencecah kelajuan tertinggi 170 km/j.

Menurut perisik kami Mat Bond, ia berkemungkinan besar akan menjadi pengganti kepada model Prevé kerana pada tahun hadapan, Proton bakal melancarkan sebuah SUV tujuh-tempat duduk yang berasaskan model Geely Hao Yue (VX11) / Okavango.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Jika maklumat tersebut benar, mungkinkah Proton akan mengeluarkan versi hatchback bagi menggantikan Suprima S? Setakat yang kami tahu, tiada perancangan untuk menggantikan Suprima S buat masa ini.

Mungkin, karya manipulasi digital terbaharu dari mahaguru Theophilus Chin ini mampu memberi gambaran awal mengenai reka bentuk model itu nanti. Mat Bond kata, model Saga generasi baharu akan diperkenalkan dalam tempoh beberapa tahun lagi dan akan ada sebuah SUV kompak yang berkongsi pelantar dengan model tersebut.

Nantikan info terkini dari semasa ke semasa. Kalau anda berminat untuk melihat bagaimana proses untuk menghasilkan karya manipulasi digital, anda boleh menonton video di atas dan langgan saluran YouTube, Theottle.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply