ARKIB

KATEGORI

Buletin

TLDM lancar Skuadron Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS)

Berita Tempatan

Views

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di Teluk Sepanggar semalam telah melancarkan Skuadron 601 iaitu Skuadron Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) ScanEagle. Menurut Harian Metro, majlis pelancaran disempurnakan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dengan turut dihadiri wakil kedutaan Amerika Syarikat (AS) Atase Pertahanan Kanan Kapten Muhammad Muzzafar Feroze Khan.

Mohd Reza berkata, pada peringkat awal ini, UAS ScanEagle akan beroperasi di daratan sebagai fasa latihan kepada pengendali untuk memahirkan diri dalam sistem itu sebelum ditempatkan di atas kapal-kapal TLDM. Katanya, untuk satu tahun pertama ini, pihaknya mahu mencapai kompetensi dan kemahiran sebelum membuat penugasan untuk operasi sebenar.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Sementara itu, Muhammad Muzzafar berkata, 12 lagi pesawat ScanEagle akan dihantar ke Malaysia menjelang pertengahan tahun ini sehingga awal 2022. Menurutnya, AS sudah menghantar enam ScanEagle ke Malaysia sebagai antara usaha negara itu membantu Angkatan Tentera Malaysia.

Sementara itu, dalam kenyataan media, TLDM memaklumkan UAS ScanEagle adalah pesawat buatan syarikat Boeing-Insitu dibekalkan oleh AS kepada Malaysia melalui program Maritime Security Initiative yang mula diterima oleh TLDM pada 6 Mei 2020.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Ia terdiri daripada enam pesawat, dua pelancar, dua cangkuk udara (skyhook) dan tiga stesen kawalan darat (ground control station) bernilai RM180 juta. Terdahulu, Mohd Reza memakaikan lencana kepakaran kapal selam kepada sembilan anggota TLDM yang berjaya menamatkan latihan selama hampir 18 bulan.

Peserta terbaik latihan itu, Leftenan Quek Teck Gee, 32, berkata, melalui kursus berkenaan pelatih perlu menjalani beberapa fasa latihan teori di pusat latihan dan latihan sambil kerja di dalam kapal selam. Katanya, ketahanan mental amat penting terutama apabila bekerja dalam kapal selam kerana keadaan yang sempit dan tidak mengetahui waktu siang atau malam.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Borneo Post dan Tentera Laut Diraja Malaysia

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply