ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ekzos Ysuku siap boleh keluar api dengan bunyi kuda – Pemilik kena 9 saman

Berita Tempatan

Views

Kegembiraan seorang mekanik muda mengubah suai motosikal Yamaha 15ZR atau ‘Ysuku’ miliknya hingga mengeluarkan api dan ‘bunyi kuda‘ tidak berpanjangan apabila dia ditahan polis dalam Op Ekzos di Ayer Molek siang tadi.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Menurut Sinar Harian, pemuda yang dikenali sebagai Dani, 24, antara individu yang ditahan dalam operasi yang dilakukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka dan dikenakan sembilan saman berjumlah RM2,700 atas pelbagai kesalahan termasuk ubah suai ekzos motosikal.

Dani berkata, dia membuat ubah suai kenderaan kerana minat sehingga sanggup berhabisan RM2,500 termasuk menukar ekzos NLK yang dibeli secara dalam talian dari negara Thailand berharga RM850 sejak tiga bulan lalu. Menurutnya, dia yang pernah mengambil kursus elektronik di sebuah institut kemahiran mengakui mempelajari ubah suai kenderaan terbabit dari seorang mekanik berpengalaman selain belajar dari Youtube.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Katanya, dia turut menjual perisian dan aplikasi haram untuk meningkatkan keupayaan kelajuan serta mod motosikal sebanyak 20 salinan kepada kaki motor dengan harga RM650 seunit. Tambahnya dia mengubah suai motosikal disebabkan minat dan merasa puas bila melihat jentera dua roda itu mengeuarkan api dan pelbagai bunyi kuat.

Sementara itu, Ketua JSPT negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sepanjang empat hari Op Ekzos dijalankan sebanyak 912 motosikal diperiksa dan 852 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Pol 257 selain 24 motosikal disita. Kata beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan meneruskan Op ini sehingga 14 Mac ini dengan memfokuskan enam hotspot.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit K!ONLINE

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply