ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tol percuma sempena Deepavali bermula tengah malam ini sehingga Rabu

Berita Tempatan

Views

Kerajaan mengumumkan pemberian tol percuma kepada semua pengguna lebuh raya selama dua hari bermula esok sempena Deepavali.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata tol percuma bermula pada jam 12.01 tengah malam 29 Oktober dan berakhir pada jam 11.59 malam, 30 Oktober atau Rabu ini.

“Pengecualian tol hanya diberi kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) Johor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alexander berkata, kos pemberian tol percuma dianggarkan berjumlah RM38 juta akan ditanggung kerajaan dengan bayaran pampasan dibuat kepada semua syarikat konsesi tol terbabit.

“Pemberian tol percuma ini adalah selaras teras utama kerajaan Malaysia MADANI iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat, di samping mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Sehubungan itu, beliau berharap pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang itu sebaiknya dan merancang perjalanan bagi melancarkan pergerakan trafik berdasarkan panduan disediakan.

“Saya mewakili Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan semua Syarikat Konsesi Lebuh Raya memohon pengguna jalan raya memandu dengan berhemah, mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.

“Berehatlah jika keletihan dan mengantuk. Bersama-samalah kita semua bekerjasama dalam menjadikan lebuh raya kita selamat, bersih dan selesa serta mengurangkan statistik kemalangan jalan raya Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya (LLM), Datuk Sazali Harun, memaklumkan pihaknya menjangkakan peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya utama menuju ke Pantai Timur, Utara dan Selatan.

Katanya, sebanyak 2.62 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama pada hari puncak sempena Deepavali. “Daripada jumlah ini, sebanyak 2.13 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya di bawah Kumpulan PLUS.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

“Selain itu, masing-masing 198,000 dan 78,220 kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya KL–Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, diikuti Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (59,220) serta Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) sebanyak 153,700,” katanya.

Bagi mendepani peningkatan trafik, Sazali berkata, semua syarikat konsesi lebuh raya diarah melakukan persediaan rapi supaya perjalanan pengguna lebuh raya selamat dan lancar sepanjang tempoh berkenaan.

“Ia termasuk meminta semua syarikat konsesi untuk tidak melaksanakan penutupan lorong lebuh raya kecuali bagi kes dan kerja kecemasan bermula 24 Oktober lalu hingga 4 November ini.

“Selain itu, mengaktifkan laluan ‘smart lane‘ di lokasi yang sudah dikenalpasti di Lebuhraya PLUS dan laluan ‘tidal flow‘ di Lebuhraya KL-Karak.

“Pastikan pengoperasian lebuh raya dalam keadaan baik dan semua kemudahan dapat berfungsi sepanjang tempoh berkenaan terutamanya di Kawasan Rehat & Rawat (R&R) serta Hentian Sebelah demi keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya.

“LLM juga mengarahkan syarikat konsesi memastikan sistem kutipan tol berfungsi dengan baik bagi mengelak kesesakan di plaza tol, selain penambahan lorong tol sementara di beberapa plaza tol yang dikenal pasti mempunyai aliran trafik tinggi,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply