ARKIB

KATEGORI

Buletin

HSR wajar dihentikan, ramai akan tinggal di KL bekerja di Singapura – Pakar

Berita Tempatan

Views

Malaysia seharusnya menghentikan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang bernilai berbilion ringgit, sebaliknya memberi tumpuan kepada kesalinghubungan domestik, kata pakar pelaburan saham.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital Dynamics dan wakil icapital.biz Bhd (ICAP), Tan Teng Boo, berkata jika HSR dilaksanakan, ramai yang akan tinggal di Kuala Lumpur tetapi bekerja di Singapura.

Justeru, beliau berkata, Malaysia akan mengalami lebih banyak pengaliran keluar tenaga kerja berkemahiran memandangkan rakyat akan memilih untuk bekerja di Singapura yang berpendapatan tinggi.

“Manfaatnya akan lebih kepada Singapura, bukan Malaysia,” katanya pada Hari Pelabur 2024 anjuran ICAP dengan tema ‘Bagaimana Seorang Usahawan ‘Romantis’ Temui Kejayaan dengan Berimpian Melebihi Wang’.

Cadangan projek HSR yang dijangka sepanjang 350 kilometer antara Kuala Lumpur dan Singapura itu bertujuan untuk mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar kepada 90 minit berbanding lebih empat jam dengan kereta.

Dalam pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sekarang bukan masanya melaksanakan projek mega.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Sebaliknya, beliau berkata pembangunan negara akan menumpukan kepada projek-projek berkepentingan rakyat serta kemudahan yang menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri.

Menyokong saranan Perdana Menteri itu, Teng Boo menggesa supaya tumpuan diberikan kepada kesalinghubungan antara negeri-negeri di Malaysia, terutamanya dari kawasan luar bandar ke bandar.

“Negara secara keseluruhannya akan mendapat lebih banyak manfaat,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyatakan bahawa semikonduktor kekal sebagai sektor paling penting di Malaysia kerana ia menyediakan kira-kira 10 peratus dalam sektor pembuatan negara.

Katanya, dengan sumbangan Malaysia antara tujuh peratus hingga 10 peratus kepada pengeluaran cip global, Kerajaan Persekutuan dan Negeri dilihat sedang mengambil langkah yang betul dengan melabur dalam taman reka bentuk litar bersepadu (IC) di Selangor dan Pulau Pinang.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Jelasnya, langkah itu akan memberikan manfaat jangka panjang kepada Malaysia kerana ia memerlukan pengetahuan, bukan sekadar modal.

Pada Hari Pelabur 2023 tahun lalu, Teng Boo mula berpendirian positif terhadap Malaysia untuk kali pertama dalam tempoh sedekad kerana pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap politik Malaysia semakin berkurang.

Tahun ini, pakar pelaburan saham itu kekal positif terhadap Malaysia, selain daripada pembaharuan sosial dan ekonomi positif yang dilaksanakan oleh Anwar.

Sehubungan itu, beliau yakin bahawa indeks penanda aras pasaran saham tempatan, FBM KLCI akan mencapai antara 2,500 hingga 3,000 mata dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Teng Boo berkata, keutamaan ICAP adalah mengubah masyarakat umum untuk menjadi pelabur yang lebih bijak dan berpengetahuan.

Katanya, pelabur bijak akan membawa kepada pasaran modal yang lebih baik, akhirnya akan menjadikan Malaysia ekonomi lebih berdaya tahan dan tempat tinggal lebih baik dari segi sosial. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply