ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Total lockdown’ fasa pertama seluruh negara bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021

Berita Tempatan

Views

Ini berita yang baharu kami terima. Portal K! ONLINE melaporkan, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID- 19 yang dipengerusikan Perdana Menteri petang tadi telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ fasa pertama bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Sepanjang tempoh tersebut semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan MKN. Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

Tambah kenyataan itu, setakat hari ini, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wabak ini dan jumlah kematian semakin meningkat dengan kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan pantas juga turut mempengaruhi keputusan hari ini.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Peningkatan kes-kes harian yang menunjukkan trend kenaikan secara lebih mendadak sejak mutakhir ini, kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit COVID-19 juga semakin terhad.

Katanya, sekiranya ‘lockdown’ fasa pertama itu berjaya mengurangkan kes-kes harian COVID-19, pihak kerajaan akan melaksanakan ‘lockdownfasa kedua iaitu dengan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply