ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penduduk kampung alih konkrit penghadang jalan pada hari pertama PKPD

Berita Tempatan

Views

Baru hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di dua mukim di daerah ini, sudah ada individu yang bertindak degil memindahkan konkrit penghadang jalan untuk merentasi halangan berkenaan.

Menurut K!ONLINE, tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mengalih konkrit di Jalan Bangau Tanjung itu menyaksikan penduduk yang menggunakan motosikal bertindak merentasi laluan yang ditutup itu.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 7 pagi ini bertindak mengalihkan kembali penghadang konkrit dan memasang kawat besi di laluan berkenaan.

Ujar beliau, pihaknya berharap orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPD. Ia penting untuk membendung penularan pandemik COVID-19 di daerah ini dan pihak polis akan terus melakukan pemantauan.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Bermula tengah malam semalam dua mukim iaitu Mukim Perak dan Mukim Bangau di daerah Temerloh dikenakan PKPD sehingga 10 Jun depan susulan peningkatan ketara kes di kawasan berkenaan dalam tempoh 10 hari iaitu sebanyak 180 kes.

Bagi Mukim Perak antara lokasi terlibat ialah bandar Temerloh selain Kampung Belengu, Kampung Pangsenam, Kampung Buntut Pulau, Tanjung Lalang, Jalan Bahagia dan Kampung Batu Satu selain taman-taman sekitar.

Mukim Bangau pula membabitkan beberapa lokaliti antaranya Kampung Bangau Parit, Kampung Telok Ira, Kampung Tanjung Besar, Kampung Bukit Resak dan Kampung Gau Baru.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply