PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi atu kenyataan media hari ini menjelaskan, pembayaran tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih lagi ditawarkan meskipun transaksi tol menggunakan teknologi RFID diperkenalkan di laluan Juru-Skudai di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 15 Januari 2022.
Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, transaksi tol menggunakan RFID ketika ini adalah pilihan tambahan kepada platform kad Touch ‘n Go dan SmartTAG sedia ada.
Tambah beliau, transaksi menggunakan RFID juga langkah awal kepada pelaksanaan pembayaran tol tanpa kehadiran plaza tol (Sistem Laluan Terus Pelbagai Lorong – MLFF) pada masa depan.
PLUS tampil untuk menjelaskan kebimbangan orang ramai yang sedikit keliru dengan rancangan mereka untuk membuka lorong RFID di di laluan Juru-Skudai di Lebuhraya Utara-Selatan sepertimana yang telah diumumkan baru-baru ini.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
Tambah Azman, pihaknya mendengar dan faham kebimbangan yang disuarakan sesetengah pengguna lebuh raya tentang penutupan torong Touch ‘n Go dan SmartTAG serta ingin menjelaskan bahawa kedua-duanya akan tetap beroperasi dan hanya satu lorong RFID akan disediakan di plaza-plaza tol di laluan Juru-Skudai kelak.
Jelas beliau, dengan pembukaan lorong RFID bermula 15 Januari depan, pengguna akan mempunyai lebih banyak pilihan platform pembayaran tol bagi melengkapkan transaksi tol mereka.
Walau bagaimanapun, PLUS mengajak lebih ramai pengguna lebuh raya supaya beralih kepada sistem transaksi tol RFID kerana ia lebih pantas selain memudahkan perjalanan mereka di plaza tol.
Dengan RFID, pengguna juga tidak perlu lagi mengunjungi kaunter-kaunter tambah nilai kerana semua urusan tambah nilai dan memeriksa baki dilakukan secara dalam talian dengan pantas pada bila-bila masa.
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
Tag pelekat RFID juga boleh diperolehi di 39 pusat pemasangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Pengguna juga boleh mendapatkan tag Touch ‘n Go RFID secara dalam talian menerusi Touch ‘n Go eWallet atau portal Touch ‘n Go untuk memasangnya sendiri.
Ujar Azman, transaksi tol menggunakan RFID di lebuh raya sistem tertutup seperti di Lebuhraya Utara-Selatan sudah diuji terlebih dahulu di laluan Hutan Kampung-Sungai Dua di Kedah dan Pulau Pinang sejak Julai tahun lalu dan kadar penerimaannya semakin meningkat sejak mula diperkenalkan.
Ini membuktikan yang transaksi tol itu sudah mula diterima oleh para pengguna lebuh raya. Bagi merealisasikan MLFF (pembayaran tol tanpa plaza tol) seperti di negara lain, pengguna lebuh raya terlebih dahulu perlu beralih kepada RFID.
Peralihan ke RFID juga perlu dilakukan secara berperingkat dalam jangka masa tertentu bagi memberi peluang kepada pengguna menyesuaikan diri dengan kaedah pembayaran tol alaf baharu.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit TheStar
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
KOMEN TERKINI