ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Agya GR Sport – Kembar Axia yang disuntik semangat Gazoo Racing

Berita Global

Views
New AGYA Gazoo Racing Sport

Baru-baru ini Toyota telah memperkenalkan beberapa model yang membawa lencana GR Sport di Indonesia yang secara teknikalnya hanyalah penjenamaan semula TRD Sportivo. Salah satu model yang diberikan lencana GR Sport adalah kembar kepada Perodua Axia, iaitu Agya.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Sebenarnya perubahan yang dibuat adalah sangat minima dan boleh dikatakan ia mengitar semula hampir kesemua aksesori kosmetik yang ada pada versi TRD yag terdahulu. Paling ketara adalah pelekat GR Sport yang menggantikan logo TRD dan calitan pada kemasan bampar depan yang dicat dengan warna hitam.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Selain itu ia turut dipasang dengan rim aloi bersaiz 14-inci dengan kemasan dwitona. Dua pilihan varian ditawarkan, iaitu 1.2 GR Sport M/T dan 1.2 GR Sport A/T. Model ini masih lagi mengekalkan enjin 1.2 liter petrol yang digandingkan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual atau 4-kelajuan automatik.

Tujuh pilihan warna ditawarkan, iaitu Merah, Jingga Metalik, Kuning, Putih, Hitam, Perak Metalik dan Kelabu Metalik. Harga yang ditawarkan pula bermula dari 154.5 juta Rupiah (RM45,000) untuk 1.2 GR Sport M/T, manakala untuk 1.2 GR Sport A/T harga yang ditawarkan adalah 170.4 juta Rupiah (RM50,000).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply