ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Avanza generasi baharu akan dijana enjin 1.5 liter NA, pilihan transmisi CVT atau manual

Berita Global

Views

Ada info terbaharu yang kami perolehi mengenai model generasi baharu Toyota Avanza yang bakal dilancarkan di Indonesia pada bulan November tahun ini. Menurut wartawan permotoran, Indra Fathan, model Avanza 2021 berkemungkinan besar dijana oleh enjin 1.5 liter aspirasi normal yang digandingkan bersama pilihan transmisi CVT atau lima-kelajuan manual.

Model yang dipacu roda hadapan ini dijangka akan berkongsi enjin 2NR-VE Dual VVT-i yang sama dengan Perodua Myvi atau Daihatsu Sirion di Indonesia. Dikhabarkan Avanza 2021 akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik, seperti enam beg udara dan brek kecemasan autonomi yang merupakan sebahagian daripada ciri Toyota Safety Sense (TSS).

12 Kereta Rare Bawah RM5K - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Dari segi penampilan, reka bentuk hadapan Avanza 2021 dikatakan mirip dengan model SUV kompak, Raize dan rekaan keseluruhannya pula menggabungkan model semasa Avanza, Rush dan juga Raize. Mungkin gambaran artis di atas boleh memberi bayangan awal model ini.

Buat masa ini tidak dipastikan sama ada kembar model Avanza, iaitu Daihatsu Xenia akan mengikut jejak angkahnya. Dikatakan Xenia akan tetap dikeluarkan sebagai LMPV dengan pacuan roda belakang, memandangkan pasarannya masih lagi besar di negara Indonesia.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Ada kemungkinan, Astra menghasilkan LMPV terbaharu untuk meneruskan legasi Avanza-Xenia dan ia akan berbeza sepenuhnya dengan model sedia ada. Pembangunan model Avanza 2021 kini berada pada peringkat pra-pengeluaran dan beberapa unit telah mula diuji di jalan raya.

Kami difahamkan Avanza 2021 akan menjadi model pengganti Perodua Alza (namakod D27A) yang dijangka dipekenalkan pada tahun hadapan. Model pengganti Alza dijangka ditawarkan dalam tiga pilihan varian dan Perodua akan turut memasang satu varian Avanza 2021 di kilang yang sama. Kami meramalkan Alza dan Avanza generasi baharu akan diperkenalkan pada suku pertama tahun 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply