ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota labur RM1.6 bilion untuk syarikat kereta terbang

Berita Global

Views

Gergasi automotif Jepun, Toyota mula memecahkan tabung dan mengeluarkan hampir 394 juta dolar (RM1.6 bilion) untuk dilaburkan kepada Joby Aviation, sebuah syarikat aeroangkasa. Syarikat tersebut dilaporkan sedang membangunkan dan mengkomersilkan pesawat berlepas dan mendarat secara menegak elektrik sepenuhnya (eVTOL) yang membolehkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan udara yang cepat, senyap dan berpatutan.

Ini bukan kali pertama syarikat tersebut melabur untuk membangunkan kereta terbang kerana pada tahun 2017, mereka telah mengeluarkan dana sebanyak 386,792 juta dolar (RM1.57 bilion) kepada Cartivator. Suntikan dana besar Toyota menjadikan mereka pelabur utama dengan margin yang besar kerana pelabur lain hanya mengeluarkan modal sebanyak 196 juta Dolar Amerika (RM797.3 juta).

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Selain melabur ratusan juta dolar, Toyota akan menyokong Joby dengan berkongsi kepakaran mereka dalam pembuatan, kualiti dan kawalan kos. Ini akan membantu syarikat tersebut membangun dan menghasilkan pesawat eVTOL.

Buat masa ini, hanya sedikit informasi diperolehi mengenai model pesawat tersebut, namun laman sesawang Joby berkata ia merupakan pesawat empat penumpang yang mampu mencecah kelajuan 322 km/j dan mampu terbang dengan jarak melebihi dari 241 km untuk sekali cas.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Toyota juga berkata, reka bentuk pesawat itu “sesuai untuk memenuhi kehendak pasaran baharu pengangkutan udara di mana para penumpang dan pengembara mendapat manfaat penerbangan setiap hari di dalam dan di antara pusat bandar.”

Presiden Toyota dan Ketua Pegawai Eksekutif Toyota Akio Toyoda yang optimis mengenai perkongsian ini berkata, pengangkutan udara telah menjadi matlamat jangka panjang untuk Toyota. Tambah beliau, ini adalah “usaha baharu dan menarik” yang mempunyai “potensi untuk merevolusikan pengangkutan masa depan dan kehidupan.”

Meskipun ramai yang mempersoalkan mengapa pembuat kereta tiba-tiba berminat dengan kereta terbang, Toyota berkata mereka mendapatkan teknologi baharu sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk beralih dari pembuat kereta ke syarikat mobiliti. Kata Toyota, pesawat Joby akan membantu untuk membawa “pengangkutan udara bandar atas permintaan ke arus perdana dan memulakan kategori baharu pengangkutan manusia dan barangan.”

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply