ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tragedi tanah runtuh di Simpang Pulai, pemandu lori dan Vellfire disahkan maut

Berita Tempatan

Views

Dua lelaki disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185, Km 27.10 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, semalam.

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata mangsa yang terkorban ialah pemandu lori, Muhammad Hafiz Hamdi, 31, manakala seorang lagi ialah pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire, Tan Chee Heng, 36.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah berjaya membawa keluar mangsa daripada kenderaan dalam runtuhan itu dan telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Katanya, pemandu lori sayur itu dalam perjalanan ke Simpang Pulai dari Cameron Highlands, manakala pemandu MPV terbabit dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Pulau Pinang.

Mior Faridalathrash berkata, MPV itu ditemukan dalam keadaan terbalik dengan bahagian tayarnya di atas.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Katanya, ppabila semua mangsa sudah berjaya dikeluarkan, barulah pihaknya menyerahkan kepada Jabatan Kerja Raya bagi melakukan kerja membuka (pembersihan) kembali laluan ini.

Sementara itu, Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman, berkata mayat kedua itu berjaya dikeluarkan jam 9.39 malam tadi. Jelasnya, hanya terdapat seorang sahaja mangsa di dalam MPV berkenaan.

Mayat mangsa kedua itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk dibedah siasat. Terdahulu, jurucakap JBPM Perak berkata, tiga kenderaan dikenal pasti ditimbus dalam insiden itu dengan satu lagi kenderaan dipercayai sebuah kereta.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply