MAN Truck & Bus baru-baru ini telah menyerahkan trak elektriknya yang pertama kepada Kumpulan Duvenbeck.
Traktor semitreler Ultra Low Liner eTGX, yang dibangunkan khas untuk keperluan volum pemuatan logistik automotif, bersedia untuk menjadikan keperluan logistik kilang Volkswagen lebih mesra iklim pada masa hadapan.
Selaras dengan surat hasrat (LOI) yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak, Duvenbeck bercadang untuk meletakkan sehingga 120 unit MAN eTGX ke dalam perkhidmatan menjelang tahun 2026.
Duvenbeck akan menggunakan trak elektrik MAN di pelbagai kawasan di wilayah penghantaran barang Rhine-Ruhr dan BeNeLux sebagai sebahagian daripada keperluan logistik kilang VW.
Ketua Pegawai Jualan & Penyelesaian Pelanggan di MAN Truck & Bus, Friedrich Baumann berkata, setakat ini tiada siri trak semitreler elektrik lain yang mampu menarik treler dengan ketinggian tiga meter.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Pengarah Kanan Perolehan, Duvenbeck, Bernd Reining berkata, dengan inisiatif “Logistik Hijau”, syarikat itu menumpukan pada penyelesaian pengangkutan pelepasan rendah dan penjimatan sumber.
Duvenbeck akan menggunakan trak elektrik MAN untuk membekalkan pengeluaran Volkswagen pada masa hadapan.
Ketua Logistik Volkswagen Group, Simon Motter menambah, trak elektrik MAN akan digunakan buat kali pertama di kilang Volkswagen di Wolfsburg. Oleh yang demikian, kesesuaian teknologi untuk kegunaan harian dan keberkesanan kos kini boleh dibuktikan.
Penggunaan trak elektrik MAN adalah sebahagian daripada program logistik impak goTOzero, yang mana Volkswagen telah memulakan langkah ke arah logistik mesra iklim secara konsisten.
Trak elektrik Ultra Low Liner MAN eTGX mempunyai ketinggian semitreler hanya 950 mm, jarak roda 3.75 meter dan kapasiti bateri yang menawarkan jarak perjalanan sekitar 500 kilometer.
Bateri modularnya ditawarkan dengan pilihan empat, lima atau enam pek bateri dengan tahap kuasa 449 kuasa kuda dan 544 kuasa kuda.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Selain teknologi pengecasan CCS standard (sehingga 375 kW), ia juga boleh ditempah dengan piawaian MCS baharu dengan kuasa pengecasan sehingga satu megawatt.
Syarikat pengangkutan juga mendapat manfaat daripada eMobility Consulting 360 darjah MAN yang menawarkan khidmat nasihat tentang peralihan kepada mobiliti elektro, termasuk analisis khusus pelanggan tentang penggunaan kenderaan dan keperluan infrastruktur pengecasan.
Rangkaian perkhidmatan MAN juga termasuk penyediaan infrastruktur pengecasan itu sendiri melalui perkongsian dengan pembekal infrastruktur pengecasan.
Selain itu, seperti trak berkuasa konvensional, kontrak perkhidmatan dan penyelesaian pembiayaan yang disesuaikan khas untuk mobiliti elektrik serta pelbagai perkhidmatan digital disediakan untuk kegunaan jentera elektrik baharu.
Ini termasuk MAN eReadyCheck, yang boleh digunakan oleh pelanggan untuk menyemak bagaimana laluan penghantaran mereka boleh digerakkan secara elektrik sepenuhnya.
Ia termasuk perkhidmatan pengecasan MAN Charge & Go yang merangkumi kad pengecasan, membolehkan perancangan dan bil pengecasan yang ringkas, serta disatukan untuk laluan antarabangsa.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI