ARKIB

KATEGORI

Buletin

Trak Mack dan beberapa koleksi ‘rare’ Sultan Johor dipamerkan buat julung kalinya untuk tatapan umum

Berita Tempatan

Views

Ini peluang baik buat warga Johor atau mereka yang berminat dengan koleksi kenderaan unik dan ‘rare’ DYMM Sultan Johor!

Laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan, Pameran Kembara Mahkota Johor (KMJ) yang menampilkan pelbagai kenderaan digunakan DYMM Sultan Johor sewaktu acara itu menjadi tarikan utama Festival Majestic Johor (FMJ) 2022 yang julung kalinya dianjurkan tahun ini.

Diadakan selama 11 hari bermula semalam (Khamis), FMJ anjuran Tourism Johor berlangsung di Puteri Harbour, Iskandar Puteri dijangka menarik kehadiran 500,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Orang ramai berpeluang melihat secara dekat dan bergambar kenangan dengan pelbagai koleksi kenderaan yang digunakan Baginda Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sewaktu KMJ.

Turut dipamerkan beberapa cenderahati yang dipersembahkan kepada Baginda pada acara KMJ antaranya lampu rumah api, replika gerbang mahkota, stereng kapal dan replika kereta Morgan.

Pameran KMJ menampilkan empat kereta beroda tiga Morgan digunakan DYMM Sultan Johor sewaktu KMJ 2017 dan kenderaan berkenaan direka khas mengikut spesifikasi Baginda.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Pengunjung turut teruja melihat trak Mack yang digunakan Baginda Tuanku Sultan pada KMJ 2015 dan bas Prevost Marathon Coach (KMJ 2014).

Selain itu, pengunjung pastinya tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan koleksi motosikal berkuasa tinggi, Modenas Jaguh, Harley Davidson serta pacuan empat roda milik Baginda.

Antaranya, Harley Davidson Road King Special Flinstones, Harley Davidson Soft Tail Deluxe Coronation Edition, Harley Davidson Electra Glide Standard Police dan Harley Davidson Road King Asian Tiger.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply