ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMW Toyota Motor bakal hasilkan kenderaan hibrid elektrik (HEV) di Malaysia

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini mengumumkan yang mereka bakal mengeluarkan kenderaan hibrid elektrik (HEV) di negara ini. Usaha ini dipacu oleh komitmen Toyota Motor Corporation (TMC) untuk membawakan “mobiliti untuk semua” serta melahirkan “kegembiraan untuk semua” ke arah membentuk “Masyarakat Bersih dan Selamat”.

Ujar Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama, arah tuju global Toyota adalah untuk mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050. Ini juga selari dengan aspirasi kerajaan Malaysia untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara progresif yang mempromosi lebih banyak teknologi hijau dan alam sekitar yang mapan.

Toyota merupakan pelopor utama teknologi kenderaan hibrid elektrik dan telah memajukan lagi teknologi berkenaan dalam tempoh 20 tahun terakhir ini. Setakat hari ini, Toyota telah menjual sebanyak 17 juta kenderaan hibrid elektrik (HEV); kenderaan hibrid elektrik plug-in (PHEV), kenderaan bateri-elektrik (BEV) serta kenderaan elektrik fuel-cell hidrogen (FCEV) di seluruh dunia.

Pada April tahun ini, Toyota mengumumkan strategi kenderaan elektrik yang akan membawa kepada pengenalan 15 kenderaan bateri-elektrik (BEV) menjelang 2025, termasuk kenderaan yang dikuasakan oleh fuel-cell hidrogen elektrik, bateri-elektrik dan hibrid elektrik.

Kos Servis Toyota Yaris VS Honda Jazz di Malaysia 2021

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Bagi memanfaatkan visi ini, UMWT akan melaburkan sejumlah RM270 juta lagi di Malaysia untuk memperluaskan operasi dan kemudahan pengeluaran sedia ada. Termasuk di dalam jumlah ini adalah pengenalan generasi kenderaan teknologi termaju bagi HEV.

Tambah Takeyama, HEV Toyota sedang berada di tahap paling maju ketika ini. Pelaburan baru UMWT ini adalah tambahan kepada pelaburan terdahulu bernilai RM2 bilion yang digunakan untuk pembinaan kilang di Bukit Raja.

Ia merangkumi pemasangan panel solar 2MW serta kemampuannya untuk mengumpul dan mengitar semula 156 kubik meter air hujan. Ia juga mendahului dengan menampilkan pembebasan terendah bagi sebatian oraganik meruap (Volatile Oraganik Compound) di Asia dengan pemasangan pengoksida suhu regeneratif (Regenerative Thermal Oxidiser).

Pada bulan Januari tahun ini, UMWT telah menganjurkan edisi ke-20 program Toyota Eco Youth (TEY), sebuah usaha yang dimulakan sejak 20 tahun lalu. Ia kini telah menjadi sebuah program penting untuk memupuk kesedaran terhadap alam sekitar dan inovasi dalam kalangan belia di seluruh negara melibatkan pelajar-pelajar sekolah, sekolah menengah dan guru.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menurut Ravindran K, Presiden UMW Toyota Motor, pihaknya sangat berterima kasih kepada kerajaan di dalam peranan utama yang dimainkan untuk memberi sokongan ke arah pertumbuhan industri automotif, bertujuan meletakkan Malaysia sebagai peneraju di dalam kemajuan automotif bagi memastikan kemapanan pembangunan industri automotif tempatan.

Tambahnya, pandemik COVID-19 menjadikan situasi sangat mencabar bagi mereka buat masa ini. Bagaimanapun, langkah langkah yang diambil oleh kerajaan telah berhasil mengembali dan mengukuhkan keyakinan pelanggan dan kuasa membeli yang menjadi pemangkin industri automotif.

Ini sekaligus menggambarkan kesungguhan kerajaan untuk memastikan pembangunan industri automotif di Malaysia. Pengenalan teknologi hibrid elektrik akan dengan segera mengubah landskap automotif di Malaysia. Pihaknya berharap bahawa usaha untuk mempopularkan teknologi masa depan ini melalui pengenalan massa HEV akan mendapat sokongan sepenuhnya daripada kerajaan.

Tambah beliau lagi, pihakny berharap kerajaan akan turut mempertimbangkan usaha UMWT untuk disertakan ke dalam Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon Nasional berserta kenderaan bateri-elektriknya yang selari dengan perancangan kerajaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply