ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMW Toyota Motor gembira dapat kembali beroperasi

Berita Tempatan

Views

Penutupan pusat jualan seluruh negara telah memberi kesan kepada perniagaan, terutama sekali tempahan kenderaan baharu dan jualan sepanjang bulan Jun, Julai dan Ogos. Ini telah memberi kesan terhadap jumlah jualan kenderaan Toyota dan Lexus hingga memaksa sasaran tahun 2021 terpaksa dikaji semula.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K, pihaknya telah memastikan semua kakitangan telah menerima vaksinasi bagi membolehkan mereka kembali bertugas dengan selamat. Tambahnya, jumlah jualan kenderaan baharu Toyota dan Lexus pada bulan Ogos adalah sebanyak 2,524 unit, 56 peratus lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Walaubagaimanapun, jika dibandingkan dengan lapan bulan pertama tahun ini dengan tahun lalu, jumlah jualan kenderaan baharu Toyota dan Lexus adalah sebanyak 38,085 unit pada 2021 dan 31,734 unit pada 2020. Ini disebabkan oleh momentum jualan yang berterusan bermula tahun lalu, terutama sekali dengan pengecualian SST (Cukai Jualan & Perkhidmatan).

Untuk bulan September, para pelanggan dapat menikmati ansuran bulanan terendah untuk model Yaris bermula dar RM493 sebulan dengan EZ Beli, manakala pembeli Toyota RAV4 akan mendapat rebat tunai sehingga RM10,000.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Semua model turut dikecualikan cukai jualan sehingga akhir 2021, dan pelanggan boleh berjimat sehingga RM17,391 untuk model MPV mewah popular, Alphard. Ravindran turut memberi jaminan yang kesemua outlet jualan dan servis akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Aktiviti pengeluaran turut disambung semula di dua kilangnya di Selangor. Disebabkan ada tunggakan pesanan yang kecil untuk dipenuhi disebabkan penutupan, UMW Toyota Motor menjangkakan mereka akan dapat membuat penghataran kenderaan baharu kepada pelanggan dalam jangka masa yang munasabah.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor UMW, Akio Takeyama berkata, pihaknya berharap mereka akan memastikan bahawa kenderaan mereka sentiasa mendapatkan khidmat penyelenggaraan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply