ARKIB

KATEGORI

Buletin

Unit CKD pertama GWM Haval H6 HEV keluar dari kilang pemasangan di Melaka, anggaran harga di bawah RM145,000

Berita Tempatan

Views

Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengumumkan bahawa unit pemasangan tempatan (CKD) pertama GWM Haval H6 HEV telah berjaya dihasilkan di kilang EP Manufacturing Berhad (EPMB), Melaka.

Pelancaran model pertama CKD GWM ini dijadualkan pada Oktober depan, manakala penghantarannya akan menyusul kemudian.

Tempahannya kini dibuka dengan anggaran harga jualan di bawah RM145,000 dan pelanggan yang membuat tempahan sebelum pelancaran rasmi akan menerima:

  • Nilai eksklusif RM 3,000 apabila membayar yuran tempahan RM 1,000.
  • Waranti enjin selama 10 tahun atau 1,000,000 km (yang mana terdahulu).
  • Layak untuk menerima waranti sistem HEV selama 8 tahun atau 1,000,000 km (yang mana terdahulu), termasuklah ‘Dedicated Hybrid Transmission’ (DHT), Bateri Voltan Tinggi dan Kabel, serta Unit Kawalan Transmisi.

Haval H6 HEV adalah model keempat yang akan dilancarkan oleh GWM Malaysia selepas ORA GOOD CAT, ORA 07 dan GWM TANK 300.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Untuk fasa awal CKD, GWM Malaysia menyasarkan kapasiti pengeluaran sebanyak 10,000 unit setahun. Fasa kedua pula menyasarkan untuk mencapai sasaran sehingga 300,000 unit.

Dengan sokongan daripada kakitangan kejuruteraan dan teknikal daripada GWM China serta proses sistem yang berkualiti tinggi, operasi ini berjalan mengikut kawalan dan piawaian yang ketat.

Kawalan kualiti (QC) adalah keutamaan bagi GWM Malaysia dalam memastikan kecemerlangan dalam segala aspek merangkumi proses pembuatan dan pemasangan.

Setiap unit Haval H6 HEV yang siap dihasilkan akan menjalani prosedur komprehensif melibatkan lebih daripada 12 pemeriksaan kualiti yang ketat bagi memastikan setiap kenderaan dapat memenuhi piawaian tertinggi.

Bagi memastikan prestasi yang optimum, GWM Malaysia turut menjalankan pelbagai ujian keselamatan di litar.

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi berkata, di GWM Malaysia, fokus keutamaan mereka bukan sahaja untuk menghasilkan kenderaan yang berkualiti tinggi, tetapi juga menawarkan pengalaman pemilikan yang lancar.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

Dinobatkan sebagai ‘SUV Terlaris di China’ selama lebih 100 bulan berturut-turut, Haval H6 telah membuktikan reputasinya yang unggul, dengan rekod jualan global melebihi 4 juta unit.

Bagi meneruskan legasi ini, GWM Haval H6 HEV, sebuah SUV saiz sederhana berorientasikan keluarga diperkenalkan dengan teknologi ‘Dedicated Hybrid Transmission’ (DHT) yang terkini.

Sistem transmisi inovatif ini menggabungkan kuasa petrol dan elektrik untuk memberikan pemanduan yang lancar dan efisien, dengan penjimatan bahan api yang menakjubkan.

Dengan reka bentuk yang mengutamakan keperluan seisi keluarga, ia menawarkan ciri-ciri ruang kaki di bahagian belakang yang luas dan but berkapasiti besar, sesuai untuk perjalanan jarak jauh.

Model ini juga dilengkapi tempat duduk berventilasi kepada pemandu dan penumpang hadapan, untuk keselesaan yang maksimum dan pemanduan penuh ketenangan.

Selain itu, ‘Global Smart Hybrid SUV’ ini turut dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Tercanggih (ADAS) L2 yang merangkumi brek kecemasan automatik, kawalan jelajah adaptif kelajuan penuh, bantuan kesesakan trafik, amaran lintasan trafik di belakang dan bantuan ubah lorong.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply