Setelah 10 tahun ‘bergelumang’ dalam dunia korporat, Tan Quan Ming akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjayanya untuk bergelar seorang usahawan eDagang.
Sudah pasti, ramai dalam kalangan rakan dan juga ahli keluarga yang terkejut dengan tindakannya untuk melepaskan pekerjaan yang stabil dan berpendapatan tinggi.
Menurut kata pepatah, “Jika anda bekerja untuk orang lain, anda sedang membina impian mereka. Jadi, mengapa tidak membina impian anda sendiri?”
Itulah yang memberi inspirasi kepadanya untuk memulakan perniagaan sendiri. Tan turut berkongsi kisah di sebalik pelancaran AutoBug Club di platform Lazada pada tahun 2018.
Kedai dalam taliannya mengkhususkan kepada jualan aksesori automotif, termasuklah pewangi kereta, vakum, dan bank kuasa untuk ‘jump starter‘.
Dua dua sebab utama Tan tertarik kepada eDagang adalah jangkauan dan kemudahan. Meskipun Walaupun beliau berpusat di Petaling Jaya dan mempunyai gudang di Kota Kemuning, beliau mampu menjual dan menghantar produk kepada pelanggan di seluruh Malaysia dan juga ke luar negara.
Tan menjelaskan bahawa berbanding dengan kedai fizikal, perniagaan eDagang melibatkan kos dan risiko yang jauh lebih rendah. Selain itu, eDagang telah membolehkan Tan meluang lebih masa berkualiti bersama keluarga.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
Sejak dari awal perniagaannya, beliau sedar betapa pentingnya berinteraksi dengan pelanggan untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang positif dan berkesan.
Oleh itu, beliau menubuhkan satu pasukan khas untuk menghubungi pelanggan secara peribadi bagi menyampaikan ucapan terima kasih, menawarkan bantuan, meminta ulasan, serta menyediakan perkhidmatan dan sokongan yang lain.
Meskipun tidak pernah bekerja dalam industri eDagang sebelum melancarkan AutoBug Club, beliau berjaya mempelajari selok-belok perniagaan dalam talian dengan pantas berkat sokongan dan sumber yang disediakan oleh Lazada dan komuniti penjualnya.
Selain daripada memanfaatkan tutorial yang tersedia melalui Universiti Lazada, beliau menghadiri pelbagai acara yang dianjurkan oleh pasukan komuniti Lazada.
Pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Lazada, termasuk baucar diskaun dan tawaran penghantaran percuma, turut memainkan peranan penting dalam membantu AutoBug Club menarik dan mengekalkan pelanggan.
Oleh yang demikian, AutoBug Club berjaya menjadi penjual baharu teratas dalam kategori motor dan automotif dalam tempoh enam bulan pertama selepas dilancarkan di Lazada.
Selain mengendalikan AutoBug Club, Tan juga berdedikasi untuk membantu usahawan eDagang lain mencapai impian mereka. Tan juga dinamakan sebagai Duta Penjual Lazada pada tahun 2021 dan sejak itu, beliau berkongsi pengalaman serta pengetahuannya dengan penjual lain melalui acara Masterclass Lazada.
Sebagai Duta Penjual, beliau juga membantu menguji dan memberi maklum balas tentang ciri-ciri baharu Lazada untuk memastikan ia memberikan hasil terbaik kepada penjual, tambahnya.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
Tan juga membantu menguruskan kedai eDagang untuk pemilik perniagaan lain, setelah mendapat inspirasi untuk meneruskan usaha ini setelah berbicara dengan seseorang dari syarikat pelabur yang melabur dalam syarikat perintis.
Pasukannya kini menawarkan perkhidmatan eDagang yang lengkap, termasuk pembinaan kedai pelanggan, pengurusan inventori serta pemasaran, dan melalui usaha ini, beliau dapat memperkasakan peniaga lain untuk berjaya dalam talian.
Untuk masa hadapan, Tan menyatakan beliau bercita-cita untuk menjadi salah satu saudagar eDagang terkemuka di Asia Tenggara.
Beliau berharap untuk mendapatkan pembiayaan supaya dapat berkembang dengan lebih cepat dan membantu lebih banyak perniagaan mencapai sasaran jualan serta hasil eDagang mereka.
Beliau turut menasihatkan para usahawan untuk mengikut langkah mereka sendiri, bukan laluan yang ditetapkan oleh orang lain.
Kata Tan, beliau telah menghabiskan 3 hingga 6 tahun terakhir untuk mempelajari cara untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, tanpa hanya fokus kepada keuntungan.
Tambahnya, keuntungan itu penting, tetapi menjalankan perniagaan dengan betul dan beretika adalah lebih penting bagi dirinya.
Katanya lagi, apabila anda menjalankan perniagaan dengan betul, anda tidak perlu mengejar wang kerana ia akan datang kepada anda.
Daftar sekarang untuk menjadi Penjual Lazada.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
KOMEN TERKINI