ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu uji Ford Ranger Raptor semasa PKP – MB Kedah akan dikompaun dalam tempoh terdekat

Berita Tempatan

Views

Polis Pulau Pinang sudah menerima arahan dan akan mengeluarkan kompaun ke atas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam masa terdekat.

Menurut Astro AWANI, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi berkata, kompaun akan dikeluarkan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan memandu uji trak pikap Ford Ranger Raptor di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Pulau Pinang bulan lepas.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Mohd Shuhaily berkata pihaknya sudah menerima arahan tersebut namun enggan mengulas lanjut. Pihaknya sudah menerima arahan dan ia akan disampaikan kepada pejabat Menteri Besar dalam masa terdekat. Kenyataan rasmi dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) akan dikeluarkan selepas proses penyerahan dilakukan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, kertas siasatan kes tersebut telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Pulau Pinang. Siasatan kes itu dijalankan menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Pada 5 Jun lalu, tular gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji Ranger Raptor sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh yang mana pusat jualan dan pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Afnan Hamimi Taib Azamudden bagaimanapun menafikan perkara itu, namun pihak polis kemudiannya telah mengambil keterangan daripada Muhammad Sanusi dan beberapa orang saksi berhubung kes tersebut.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata kegagalan segelintir anggota Kabinet mematuhi SOP dikenal pasti antara faktor menghakis kepercayaan rakyat terhadap keberkesanan sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’. Ujarnya pemimpin sebaliknya harus menerajui negara dengan mencerminkan contoh baik kepada rakyat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply