ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Care Plus tawar penjimatan 30 peratus untuk pemilik kenderaan lama

Berita Tempatan

Views

Bagi menghargai pelanggan yang masih setia dengan jenama ini selama beberapa tahun, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini menawarkan penjimatan 30 peratus untuk khidmat penyelenggaraan buat ahli Volkswagen Care Plus (VCP).

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Di bawah program ini, ahli-ahlinya layak untuk mendapatkan tiga baucar diskaun servis 20 peratus. Tambahan 10 peratus diskaun pula sah mulai sekarang sehingga 31 Disember 2021.

VCP merupakan program eksklusif yang terbuka kepada mana-mana pemilik Volkswagen yang memiliki kenderaan berusia lima tahun dan ke atas. Selain itu, terdapat beberapa lagi faedah dari program ini, antaranya bantuan pinggir jalan secara percuma selama dua tahun dan bantuan bateri di lokasi 24-jam.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Pemilik boleh mendaftar untuk menyertai program ini dengan mudah secara percuma di mana-mana pengedar yang sah. Selain penjimatan, servis dan pembaikan di pusat servis yang bertauliah adalah 100 peratus menggunakan alat ganti tulen.

Pembaikan juga dilakukan oleh juruteknik yang berpengalaman dan menepati piawaian global dan peralatan yang diluluskan. Promosi ini hanya ditawarkan menerusi aplikasi Volkswagen Cares, jadi anda perlu memuat turunnya di Apple App Store dan Google Play.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply