ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo C40 Recharge Pure Electric 2024 diperkenalkan – Jarak pemanduan 550km, pengecasan DC, lampu hadapan piksel, harga kekal RM288,888

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan elektrik, C40 Recharge Pure Electric versi yang dipertingkatkan untuk model tahun 2024.

Antara penambah baikan yang dibuat adalah tambahan jarak pemanduan sehingga 550km, pengecasan DC yang lebih pantas dengan pek bateri yang lebih besar, dan teknologi lampu hadapan piksel.

Model ini ditawarkan dengan motor elektrik berkembar dengan pacuan semua roda (AWD). Ia menampilkan motor elektrik belakang magnet kekal generasi kedua yang lebih berkuasa dan dibangunkan sendiri oleh jenama tersebut.

Motor ini akan menggantikan versi terdahulu yang terdiri daripada dua e-motor 150kW dengan output lebih tinggi sebanyak 183kW pada gandar belakang dan motor elektrik 117kW baharu pada gandar hadapan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Konfigurasi baharu dengan pengeluaran kuasa maksimum sebanyak 300kW ini menekankan penghantaran kuasa di bahagian belakang untuk pengalaman pemanduan yang lebih menarik.

Model yang telah dinaik taraf ini juga mempunyai pek bateri 82kWj berbanding 78kWj pada model sebelumnya.

Ianya mampu menerima input maksimum yang lebih tinggi sebanyak 200kW untuk pengecasan DC dan mampu mengecas daripada 10 peratus ke 80 peratus hanya dalam 27 minit.

Pek bateri yang telah dinaik taraf itu juga memberikan Volvo C40 Recharge Pure Electric baharu jarak pemanduan yang lebih baik, iaitu 100km lebih daripada versi sebelumnya.

Menurut ketua pegawai operasi dan timbalan ketua eksekutif Volvo Cars, Javier Varela, penambahbaikan ini merupakan satu lagi langkah besar dalam usaha mereka ke arah menjadi pembuat kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2030.

Antara penambah baikan lain pada Volvo C40 Recharge Pure Electric 2024 termasuklah lampu hadapan piksel yang menggunakan penderia untuk mengawal pencahayaan ke hadapan dan mampu melaraskan kecerahan untuk kawasan tertentu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ia juga didatangkan dengan rekaan roda aloi 19-inci baharu, serta pilihan warna luaran baharu, Vapour Grey, sebagai tambahan kepada pilihan warna sedia ada iaitu Onyx Black, Crystal White, Fjord Blue dan Sage Green.

Model ini turut ditawarkan dengan Perkhidmatan Digital percuma selama 5 tahun untuk akses kepada Google Assistant, Google Maps, Google Play Store dan fungsi jauh aplikasi Volvo Cars.

Paling menarik, harga Volvo C40 Recharge Pure Electric yang dinaik taraf ini masih kekal seperti  model sebelumnya iaitu RM288,888, dengan pembiayaan yang fleksibel dan kadar faedah yang lebih rendah dengan Volvo Car Financial Services.

Tempahan untuk semua kereta elektrik sepenuhnya Volvo boleh dibuat terus dalam talian di www.volvocars.com/my/cars/c40-electric.

Selain itu, mulai sekarang hingga 31 Mac 2024, Volvo Car Malaysia akan menawarkan rebat segera sebanyak RM10,000 untuk tempahan dalam talian bagi model Volvo C40 Recharge Pure Electric.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply