ARKIB

KATEGORI

Tular

Lori hilang kawalan dan terbalik – Pemandu positif syabu

Tular

Views

Satu klip video tular berkaitan sebuah lori yang hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer (KM) 10.9 Lebuh Raya Baru Lembah Kelang (NKVE) adalah disebabkan memandu dalam pengaruh syabu.

Menurut Berita Harian, Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol, dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 pagi itu.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Katanya, siasatan awal mendapati, lori yang dalam perjalanan ke Subang dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun hilang kawalan secara tiba-tiba kerana dipercayai tertidur lalu gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas.

Selang beberapa minit kemudian, sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki dari arah sama gagal mengelak dan terlanggar lori berkenaan. Bagaimanapun, lelaki berkenaan hanya cedera ringan.

Ramsay berkata, ujian saringan air kencing pemandu lori terbabit didapati positif methaphetamine. Suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman atas kesalahan mengikut Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 oleh Bahagian Narkotik Shah Alam.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Bagi kesalahan trafik pula, kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu kenderaan semasa di bawah pengaruh dadah.

Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697.

Semalam, tular satu klip video yang memaparkan sebuah lori dari lorong kanan di NKVE secara tiba-tiba hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebanyak tiga kali sebelum terbabas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply