Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan kolektif seni media baharu Filamen mencipta sejarah apabila melancarkan Accelerated Futurescapes, satu koleksi NFT Arteon yang eksklusif. Empat karya seni kripto yang pertama seumpamanya itu dihasil berdasarkan kepada model utama Volkswagen.
Ia boleh dibeli di Pentas, satu platform peneraju NFT di Asia Tenggara yang dikuasakan oleh Binance Smart Chain. NFT tersebut juga dipamerkan dalam galeri maya Filamen dan dikurasi bersama oleh platform penyelidikan reka bentuk, No-to-scale.
NFT atau non-fungible tokens merupakan aset-aset digital unik berasaskan kepada teknologi blok rantai (blockchain) yang membolehkan pemilikan secara digital. Setiap satu karya seni diperakui secara unik dan tiada karya seni yang sama dengannya. Ia dijangka dapat menarik minat pengumpul seni dan peminat Arteon.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, Volkswagen sentiasa meneraju inisiatif digitalisasi di Malaysia dan kami akan berusaha untuk terus melangkaui sempadan digital. Tambah beliau, kolaborasi ini turut menyerlahkan Arteon yang menawarkan kombinasi sempurna di antara rekaan avant-garde dan pengendalian dinamik.
Ujar Pengasas bersama Filamen, Abdul Shakir Abu Samah, pihaknya mahu mengucapkan terima kasih kepada Volkswagen atas peluang ini. Tambahnya, hasil seni ini juga merupakan bayangan-bayangan berbeza Arteon yang menunjukkan ia bukanlah sekadar sebuah kereta.
Dua orang artis filamen yang berbakat, Syed Mohamad dan Jason Choo dipilih untuk menghasilkan NFT tersebut. Mereka berjaya menghasilkan visi masa depan luar biasa yang diinspirasikan daripada reka bentuk dan prestasi Arteon dari segi bunyi, bentuk dan segala perinciannya.
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
Kerja seni Syed bertemakan ‘tenaga’ dan ‘pergerakan’ yang dipaparkan dalam satu landskap beralun yang terdiri daripada aliran dan partikel-partikel, manakala Jason pula fokus kepada imej-imej fiksyen. Projek NFT ini merupakan kerjasama seni kali kedua yang menampilkan Arteon.
Pada tahun 2019, VPCM telah berkolaborasi dengan galeri seni Wei-Ling Contemporary untuk menghasilkan “Makings of a Masterpiece” yang menampilkan 13 Seni Kereta Arteon oleh 13 orang artis tempatan. Ia kemudiannya berjaya dilelong bagi tujuan kebajikan.
Kesemua empat NFT Arteon itu boleh dilihat di http://www.wearefilamen.com/thearteoncollection dan dibeli di https://app.pentas.io/volkswagen.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
KOMEN TERKINI