ARKIB

KATEGORI

Tular

Tular video memotong secara berbahaya, pemandu Alphard ini ditahan

Tular

Views

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah mengesan satu video tular yang dimuatnaik ke laman Facebook ‘DashCam Owners Malaysia’ oleh Alamak Moto-Moto pada 1 Januari 2022.

Video rakaman kamera pemuka (dashcam) tersebut memaparkan sebuah MPV jenis Toyota Alphard telah memotong secara berbahaya dekat Jalan Batu Puteh – Simpang Tiga Batu Puteh, Kulim, Kedah.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Ekoran itu, JSPT Bukit Aman mengarahkan Trafik IPD Kulim untuk menjalankan siasatan dan mengesahkan kejadian berlaku pada 1/01/2022 lebih kurang jam 5.40 petang.

Pemandu MPV tersebut telah dipanggil ke BSPTD Kulim dan ditahan semalam (2/01/2022) untuk siasatan di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987.

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800

JSPT amat memandang serius pemanduan memotong secara berbahaya seperti ini kerana boleh menyebabkan kemalangan sehingga meragut nyawa.

Tambah pihak JSPT lagi, kerjasama warganet dalam menyalurkan sebarang video dan gambar kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya amatlah dihargai.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply