ARKIB

KATEGORI

Buletin

VPCM perkenal versi baharu aplikasi Volkswagen Cares

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passengers Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan aplikasi Volkswagen Cares baharu untuk meningkatkan lagi pengalaman pemilikan pelanggan. Aplikasi terbaharu ini akan terus menggantikan versi lama dengan pengenalan fungsi-fungsi baharu dan ciri-ciri yang ditambah baik.

Aplikasi itu kini merupakan pusat sehenti yang menempatkan pelbagai sokongan jualan dan selepas jualan. Antaranya, pelanggan boleh menguruskan maklumat kenderaan dengan mudah, menjadual janji temu servis secara dalam talian, menerima tawaran and promosi eksklusif, selain berhubung dengan Volkswagen Malaysia serta rangkaian pengedarnya.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ia juga akan memberikan peringatan VIP (Volkswagen Insurance Plan) secara masanya, dan membenarkan pelanggan untuk menguruskan baucar servis. Penaikan taraf untuk memperkenalkan fungsi baharu seperti sistem ganjaran dan gerbang pembayaran sudah pun dirancang dan sedang diusahakan.

Pengarah Urusan, Erik Winter menyatakan bahawa VPCM akan meneruskan komitmennya dalam menawarkan yang terbaik kepada pelanggan di negara ini. Kata beliau, pihaknya mengambil inisiatif untuk mengubah dan membangunkan aplikasi ini untuk pengalaman yang lebih baik.

VPCM telah mendigitalkan sepenuhnya perjalanan pemilikan kenderaan untuk menawarkan kemudahan dan akses di hujung jari sahaja. Daripada eShowroom dan perkhidmatan penghantaran ke rumah, sehinggalah perkhidmatan selepas jualan dan kini aplikasi Volkswagen Cares yang telah ditambah baik, pelanggan boleh menguruskan segalanya tanpa perlu keluar dari rumah.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Sebagai peneraju digital dalam industri, VPCM telah merintis banyak kempen digital pintar dengan teknologi terkini. Ia menjadi jenama automotif pertama yang menjual kenderaan di platform eDagang seperti Lazada dan Shopee serta di media sosial Instagram.

Dari segi selepas jualan, kempen #SafeHands memastikan kesejahteraan pelanggan dan kakitangan. Terdapat pilihan mengambil dan menghantar untuk janji temu servis, pemeriksaan 5 Star Service secara percuma, Service Cam, serta pelan pembayaran kos efektif dan tanpa tunai.

Aplikasi Volkswagen Cares baharu kini sudah boleh dimuat turun daripada Apple App Store untuk pengguna iOS dan di Google Play Store bagi pengguna Android. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volkswagen.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply