ARKIB

KATEGORI

Buletin

VW dedah lakaran trak pikap Amarok 2017

Views

Volkswagen bakal melancarkan trak pikap Amarok 2017 tidak lama lagi. Trak pikap premium dari VW ini sebenarnya merupakan versi facelifted jika diperhatikan kepada beberapa foto lakaran yang telah didedahkan oleh beberapa laman web automotif luar negara.

Rekabentuk hadapan telah diberikan sentuhan yang lebih segar dengan rekaan bumpar yang lebih sporty, fender yang lebih lebar dan penggunaan lampu LED. Selain itu, kualiti bahan untuk kabinnya turut dipertingkatkan dengan rekaan yang lebih menarik dan teknologi yang lebih canggih.

Setakat ini VW berdiam diri mengenai spesifikasi model naiktaraf tersebut, namun ada yang menjangkakan Amarok 2017 akan dilengkapi dengan sistem Front Assist with City Emergency Braking dan Pedestrian Monitoring.

Dijangka model ini bakal menggunakan enjin serba baharu yang bakal ditawarkan selain enjin sedia ada yang telah mendapat penalaan semula untuk lebih cekap penggunaan bahan api dan prestasi yang lebih baik. Jualan model trak pikap ini akan bermula pada hujung tahun 2016.

Setakat ini Volkswagen Group Malaysia masih belum membawa masuk Amarok ke pasaran tempatan dan jika ia dibawa masuk ke sini, kami jangka tanda harganya sudah tentu jauh lebih mahal dari trak pikap keluaran Jepun dan Amerika.

Amarok_sketch_01 Amarok_sketch_02 Amarok_sketch_03

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply