Seorang lelaki cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan lori treler di kilometer (KM) 16, Jalan Sungai Tiram, pada Rabu.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Khas Untuk Penyandang (KUP), Sufian Md Lis dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan berkenaan pada jam 11.34 pagi.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Katanya, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan sebuah jentera fire rescue tender (FRT) dan satu unit jentera Perkhidmatan Perubatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dengan enam anggota telah dihantar ke lokasi.
Kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta Proton Wira dan sebuah lori treler.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Pemandu kereta Proton Wira seorang lelaki dalam lingkungan usia 60 tahun mengalami kecederaan di muka telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum PKO tiba ke lokasi.
“Pemandu treler pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. PKO turut bertindak memberikan rawatan awal kepada mangsa dan menghantar mangsa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dengan menaiki EMRS.
Operasi ditamatkan sekitar jam 12.09 tengahari, Rabu. Sementara itu insiden kemalangan itu turut tular di aplikasi X pada pautan dengan memaparkan dua video berdurasi 1 minit 39 saat dan satu video lagi berdurasi 9 saat. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Adam Wong Jr.
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI