ARKIB

KATEGORI

Tular

Warganet hairan Proton Satria biru boleh ‘terbang’ sampai atas bukit tepi lebuh raya

Tular

Views

Pengguna yang melalui Lebuhraya Utara-Selatan terkejut apabila melihat sebuah kereta tersangkut pada pokok berhampiran susur keluar Plaza Tol Pedas Linggi di Rembau, Negeri Sembilan kelmarin.

Menerusi perkongsian video oleh @siva_ang_soon281926 di Facebook, kereta jenis Proton Satria berwarna biru itu dipercayai terbabas dan memasuki semak berhampiran lebuh raya tersebut.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Walau bagaimanapun, yang mengundang tanda tanya dalam kalangan orang ramai adalah kedudukan kenderaan itu yang berada di atas bukit di tepi lebuh raya.

Berdasarkan rakaman itu, tiada mangsa yang kelihatan berdekatan lokasi kejadian, namun tidak dapat dipastikan sama ada terselamat atau sebaliknya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Hantaran itu video itu turut menarik orang ramai yang meninggalkan pendapat masing-masing di ruangan komen. “Eh macam mana boleh tergantung kat situ? peliknya kereta boleh ke sana pula perginya,” komen Hazima.

“Macam mana boleh terbang elok duduk atas situ?” komen Anazul. “Kalau betul naik macam ni, takkan kereta tidak hancur?” ujar Mohamad.

Sehingga kini, video tersebut meraih sebanyak 1.1 juta tontonan, 15,600 tanda suka dan 5,900 perkongsian. – KOSMO! ONLINE.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply