Tular di media sosial rakaman video pemuka (dashcam) memaparkan tindakan sekumpulan penunggang motosikal Yahama RX-Z menggunakan lorong kenderaan di Plaza Tol Segambut, Kuala Lumpur.
Aksi mereka dikatakan lebih samseng apabila sebahagian daripadanya dengan sengaja menolak palang tol sehingga patah ketika hendak melalui lorong SmartTag.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Menerusi video yang dikongsikan pengguna Facebook, Ong Zhi Xiang, waktu dan tarikh yang terpapar pada rakaman dashcam itu adalah sekitar pukul 6.32 petang kemalrin.
Tindakan sekumpulan penunggang tersebut mengundang rasa marah dalam kalangan orang ramai dan rata-ratanya meminta pihak berkuasa segera menyiasat insiden terbabit selain mengenakan hukuman sewajarnya.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Mereka juga dilihat menunggang secara berbahaya dengan cara memotong kenderaan lain secara beriringan sebelum memasuki lorong SmartTag.
“Geng hobi mahal, tapi tiada otak, harap yang terlibat dapat beraya dalam, ‘lokap’,” kata Ayuni. “PDRM (Polis Diraja Malaysia), JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), sila ambil tindakan tegas untuk ‘puak RX-Z ini.
Langgar undang-undang, buat jenayah pula sampai patah palang tol. Dah tangkap, sila ‘update‘ kepada warganet ya,” pesan Shahrul. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI