ARKIB

KATEGORI

Buletin

Wuling perkenal ‘varian istimewa’ MINI EV GameBoy Edition

Berita Global

Views

Baru-baru ini Wuling telah memperkenalkan varian istimewa kenderaan elektrik (EV) terlaris di China iaitu MINI EV GameBoy Edition. Ia bakal dikeluarkan dalam empat versi yang bertemakan permainan video.

Yang pertama adalah versi ‘Hurricane Phantom‘ yang menggabungkan warna hitam kusam dengan calitan merah terang. Versi berikutnya ‘Jungle Crossing‘ dicat dengan warna hijau celoreng dan diinspirasikan dari permainan video peperangan.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Versi ketiga dicat dengan warna coklat dan dinamakan sebagai ‘Party Sweetheart‘, manakala yang terakhir berwarna putih diberi nama ‘Interstellar Roaming‘.

Selain dicat dengan warna istimewa, ia turut dilengkapi dengan lampu hadapan yang diolah semula dengan lampu siang LED (DRL), jeriji yang diubah suai termasuk rekaan bampar depan dan belakang baharu.

Dimensi ‘kereta cilik’ ini juga telah pertingkatkan dan ia kini 80 mm lebih panjang berbanding model standard 2,997 mm dan ia juga lebih rendah sebanyak 17 mm kepada 1,604 mm.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Beberapa perubahan ketara juga telah dibuat pada trenkuasa MINI EV GameBoy Edition. Paling ketara, ia kini menggunakan pek bateri litium-besi-fosfat 26 kWh yang memacu motor elektrik dengan 41 kuasa kuda, sekali gus memberikan lebih 27 kuasa kuda berbanding model standard.

Difahamkan bahawa pek bateri yang lebih besar akan meningkatkan jarak perjalanan kereta kepada sekitar 300 km untuk sekali cas. Ia lebih 100 km berbanding daripada model standard.

Harganya juga masih lagi belum diumumkan dan ia dijangka memasuki pasaran dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply