Proton hari ini meraikan pencapaian dalam sejarah 41 tahun penubuhannya setelah berjaya mengeluarkan lebih lima juta unit kenderaan.
Unit ke-5 juta, iaitu Proton X90 Flagship telah dipamerkan sempena lawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri Malaysia, Y.B. Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Perindustrian dan Teknologi Maklumat China, Jin Zhuanglong ke ibu pejabat Proton di kompleks Center Of Excellence (COE).
Lawatan ke Proton tersebut juga sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia yang telah disambut secara rasmi pada 31 Mei tahun ini.
Turut hadir ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Selangor, Y.B. Ng Sze Han, Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group, Eric Li Shufu, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Tan Sri Syed Faisal Albar, Ketua Pegawai Eksekutif Geely International Holdings (Malaysia), Dr Wei Mei, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, sejak ia ditubuhkan pada 1983, Proton telah ditugaskan untuk memobilitasikan rakyat Malaysia dan mewujudkan ekosistem automotif tempatan.
Tambah beliau, lebih daripada 100,000 orang memperolehi mata pencarian melalui aktiviti yang berkait dengan Proton dan setiap pekerja memainkan peranan untuk memacu syarikat ke arah pencapaian lima juta unit ini.
Sejak permulaan kerjasama dengan Kumpulan Geely pada 2017, Proton telah melancarkan empat model serba baharu yang dibinakan bersama Geely.
Proses berikut juga menaik taraf model rekaan tempatannya dan memperkenalkan kecerdasan dan ketersambungan kepada barisan modelnya.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Penambahbaikan dalam kualiti produk, pelaburan dalam pengurusan selepas jualan dan alat ganti serta penubuhan rangkaian pengedar dengan bilangan cawangan 3S/4S tertinggi di Malaysia telah membawa kepada pertumbuhan jualan lima tahun berturut-turut dengan peningkatan yang sepadan dalam pengeluaran.
Sejak pengenalan Proton X70 pada 12 Disember 2018, lebih daripada 217,000 unit SUV siri X syarikat telah dijual setakat ini kepada pelanggan pasaran tempatan dan eksport.
Ini membolehkan Proton jauh menerajui jualan keseluruhan SUV di Malaysia dalam tempoh masa itu. Penjualan Proton Saga pula telah melepasi 2 juta unit, membolehkan ia mengekalkan kedudukannya sebagai kereta buatan Malaysia paling popular.
Tambah Dr Li Chunrong, unit kelima juta yang dikeluarkan oleh Proton adalah X90 Flagship dan ini merupakan simbolik sejauh mana syarikat itu telah berkembang sejak permulaan kerjasamaanya dengan Geely.
Baru-baru ini, Proton telah mengumumkan e.MAS sebagai jenama untuk produk EV masa hadapan dan hari ini mereka telah menetapkan satu lagi pencapaian cemerlang.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI