ARKIB

KATEGORI

Buletin

Xpeng G6 2024 dilancarkan – Versi CBU dari China, dua varian, harga dari RM165,820

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal jenama kenderaan Xpeng di Malaysia, Bermaz Xpeng Sdn Bhd hari ini memperkenalkan model kenderan elektrik (EV) pertamanya iaitu Xpeng G6.

Model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari China itu ditawarkan dalam dua pilihan varian, iaitu G6 580 Pro dan G6 755 Pro.

Berikut adalah pilihan varian dan harga jualannya di Malaysia (harga atas jalan tidak termasuk insurans).

  • Xpeng G6 580 Pro (Standard Range) – RM165,820
  • Xpeng G6 755 Pro  (Long Range) – RM185,820

Pesaing kepada Tesla Model Y ini ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Midnight Black, Silver Frost, Artic White, Graphite Grey dan Fiery Orange. Kemasan tempat duduknya ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan hitam.

Xpeng G6 merupakan model kelima yang dihasilkan oleh pengeluar berkenaan, dan menjadi model pertama yang dibina berasaskan pelantar Smart Electric Platform Architecture 2.0 (SEPA 2.0) dengan seni bina 800-volt generasi baharu.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Info ringkas Xpeng G6:

  • Dari segi dimensi, Xpeng G6 berukuran 4,753 mm panjang, 1,920 mm lebar dan 1,650 mm tinggi dengan jarak tapak roda 2,890 mm.
  • Varian G6 580 Pro digerakkan oleh motor elektrik 255 kuasa kuda dengan 440 Nm daya kilas yang dikuasakan dengan pek bateri Lithium Besi Fosfat (LFP) 66 kWj.
  • Varian ini menawarkan jarak pandu sehingga 435 km (sekali cas penuh), dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.6 saat.
  • Varian G6 755 Pro pula dilengkapi dengan motor elektrik 282 kuasa kuda dengan 440 Nm daya kilas yang dikuasakan dengan pek bateri Nikel Mangan Kobalt (NMC) 87.5 kWj.
  • Ia memberikan jarak pandu sehingga 570 km (sekali cas penuh). Masa pecutan 0-100 km/j pula adalah 6.2 saat. Kedua-dua varian mampu mencatat kelajuan maksimum 200 km/j.
  • Model ini menyokong pengecasan AC (Type 2) dengan kapasiti maksimum 11 kW. Kadar pengecasan  5 hingga 100 peratus boleh diselesaikan dalam masa 7.5 jam untuk Standard Range, manakala Long Range mengambil masa 9.5 jam .
  • Bagi pengecasan pantas DC pula, kedua-dua varian mempunyai kapasiti yang berbeza. Varian G6 580 Pro menyokong sehingga 215 kW, manakala varian 755 Pro menyokong sehingga 280 kW. Tempoh pengecasan dari 10 hingga 80 peratus mampu diselesaikan dalam tempoh 20 minit sahaja bagi kedua-dua varian ini.

Ciri menarik Xpeng G6:

  • Rekaan kabinnya menampilkan konsep ‘Circle of Life‘ yang merangkumi ciri-ciri seperti, kemasan tempat duduk kulit buatan (leatherette) dengan enam tahap pelarasan, fungsi pengudaraan dan pemanasan, sokongan lumbar, pengecasan nirwayar 50W, kawalan iklim dwizon, penapis udara ‘XFreeBreath’, paparan kelompok digital 10.2-inci, paparan inforia 14.96-inci dengan ‘Xmart OS 5.0’, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, kemaskini ‘over-the-air‘ (OTA), dan sistem bunyi keliling XOpera 960W dengan 18 pembesar suara.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Ciri keselamatan Xpeng G6:

Xpeng G6 dilengkapi ciri keselamatan aktif Xpilot 2.5 dengan tujuh beg udara, cangkuk ISOFIX dan pelbagai ciri bantuan pemandu seperti:

  • Program Kestabilan Elektronik (ESP)
  • Brek Parkir Elektronik (EPB) dengan fungsi tahan automatik (Auto Hold)
  • Kawalan Turun Bukit (HDC)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Pemantauan Keadaan Pemandu (DSM)
  • Brek Kecemasan Kendiri (AEB)
  • Suluhan Lampu Tinggi Pintar (IHB)
  • Pengesanan Titik Buta (BSD)
  • Bantuan Parkir Auto Dipertingkat (EAP 2.0)
  • Bantuan Keluar Parkir Auto (AEP)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELKA)
  • Amaran Lintasan Trafik Dari Belakang (RCTA)
  • Amaran Perlanggaran Dari Belakang (RCW)
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)

Xpeng G6 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima-tahun atau 120,000 km had perbatuan, termasuk pek bateri dengan jaminan lapan-tahun atau 160,000 km had perbatuan (yang mana terdahulu).

Pelanggan juga boleh mendapatkan pengecas lekap diding (wallbox) 7 kW dengan kos tambahan RM4,300, termasuk pemasangan. Selain itu, pengecas tiga-fasa berkapasiti 11 kW turut ditawarkan dengan kos tambahan RM5,000.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply