ARKIB

KATEGORI

Buletin

Xpeng Malaysia mula siar iklan acah XPeng G6, pendaftaran minat kini dibuka

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi XPeng Malaysia menerusi satu hantaran semalam, telah mula menyiarkan iklan acah model pertama mereka di pasaran tempatan iaitu Xpeng G6.

Kenderaan XPeng di Malaysia akan diedarkan oleh anak syarikat Bermaz Auto iaitu Bermaz Xpeng Sdn. Bhd, manakala Prima Merdu pula bertindak sebagai pengimport.

Serentak dengan itu juga, XPeng Malaysia mula membuka pendaftaran minat bagi model Xpeng G6 yang boleh dibuat menerusi pautan INI.

Dalam artikel terdahulu, Bermaz Auto Bhd telah mengumumkan bahawa pihaknya telah menerima hak pengedaran, jualan alat ganti serta perkhidmatan selepas jualan bagi kenderaan elektrik (EV) pintar jenama XPeng di Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Hak pengedaran tersebut itu dianugerahkan oleh Shenzhen Xiaopeng Motors Supply Chain Management Co., Ltd., China dan Guangzhou Xiaopeng Motors Trading Co., Ltd., China.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bermaz Auto, Datuk Francis Lee Kok Chuan, pihaknya sangat gembira kerana telah diberikan hak pengedaran XPeng untuk pasaran Malaysia.

Ujar beliau, kenderaan pintar jenama XPeng adalah di antara kenderaan elektrik pintar popular di China dan juga di peringkat global.

Ia dilengkapi dengan ciri-ciri terkini seperti teknologi pemanduan kendiri, kokpit digital, dan bateri berprestasi tinggi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Berikut adalah info ringkas mengenai XPeng G6:

  • XPeng G6 merupakan model kelima keluaran syarikat yang berpangkalan di Shenzhen itu selepas model P7, P5, G3i dan G9.
  • Dari segi dimensi, pesaing kepada Tesla Model Y itu berukuran 4,753mm panjang, 1,920mm lebar dan 1,650mm tinggi.
  • Ia dibina berasaskan pelantar kereta elektrik Xpeng yang terbaharu, SEPA 2.0.
  • Varian pacuan roda belakang (RWD) dijana oleh motor elektrik tunggal yang menghasilkan 292 kuasa kuda dengan 440 Nm daya kilas.
  • Varian pacuan semua roda (AWD) pula dilengkapi dwimotor elektrik yang menghasilkan 480 kuasa kuda dengan 660 Nm daya kilas.
  • Ia ditawarkan dengan pilihan bateri litium besi fosfat (LFP) 66kWj atau lithium-ion 87.5kWj.

Buat masa ini tiada sebarang informasi berkenaan dengan tarikh pelancaran rasmi XPeng G6, namun penulis berpendapat ia bakal diperkenalkan dalam masa yang terdekat. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply