ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yamaha 135LC Fi 2023 kini dengan warna baharu, termasuk versi Edisi Khas – Harga dari RM8,298

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini memperkenalkan model ‘motosikal 135cc cekam (klac) automatik paling berkuasa’ ke pasaran Malaysia, iaitu Yamaha 135LC Fi 2023 dengan pilihan warna dan reka corak grafik baharu.

Yamaha 135LC Fi 2023 ditawarkan dengan empat pilihan warna, iaitu White, Navy Blue dan Cyan untuk versi Standard, manakala versi Edisi Khas didatangkan dengan warna Blue SE.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Setiap pembelian akan menerima kunci cakera Yamaha bernilai RM100 secara percuma, dan pembeli versi Edisi Khas pula akan menerima tambahan Bakul Premium Yamaha dan Visor Sporty yang eksklusif.

Harga yang disyorkan untuk versi Standard adalah RM 8,298, manakala versi Edisi Khas pula dijual pada harga RM 8,798 (tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran).

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Yamaha 135LC Fi 2023 masih mengekalkan enjin silinder tunggal sejukan cecair 4-lejang SOHC 135cc serba baharu yang menepati piawaian Euro 4. Enjin ini mampu menjana 9.3kW pada 8,000rpm dan 12.2Nm daya kilas pada 6,000rpm.

Dari segi keselamatan, model Yamaha 135LC Fi kini dilengkapi dengan brek cakera tunggal hidraulik belakang dengan lengan ayun rekaan baharu untuk kuasa membrek serta tunggangan yang cemerlang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply