Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) petang tadi secara rasminya melancarkan model ‘motosikal 135cc cekam (klac) automatik paling berkuasa’ ke pasaran Malaysia, iaitu Yamaha 135LC Fi.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Datuk Dr. Jim Khor, model terbaharu ini direka dan dibangunkan bukan sahaja untuk memenuhi kehendak majoriti penunggang di Malaysia, bahkan ia terbukti menjadi ‘kuasa besar di jalan raya’.
Yamaha 135LC Fi dijana oleh enjin silinder tunggal sejukan cecair 4-lejang SOHC 135cc serba baharu yang menepati piawaian Euro 4. Enjin ini memberikan prestasi yang dipertingkatkan untuk pecutan lebih lancar.
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
Penunggang juga boleh menikmati keseronokan menunggang dan tunggangan yang lancar menerusi kerangka badan lebih ringan dengan aerodinamik yang dipertingkatkan.
Dari segi keselamatan, model Yamaha 135LC Fi kini dilengkapi dengan brek cakera belakang dengan lengan ayun rekaan baharu untuk kuasa membrek yang cemerlang.
Rekaan luaran model ini tampil lebih bergaya dan sporty dengan lampu hadapan, lampu pilot dan lampu belakang jenis LED.
Model ini turut didatangkan dengan speedometer jenis digital baharu dan tangki bahan api lebih besar dengan kapasiti 4.6 liter yang membolehkan jarak tunggangan lebih jauh.
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
Empat pilihan warna yang ranggi ditawarkan, iaitu Ruby Red, Crystal Cyan, Midnight Star dan Desert Storm Special Edition yang turut didatangkan dengan Bakul Premium Yamaha.
Bakul yang direka khusus ini dibangunkan secara eksklusif untuk penunggang Malaysia yang merangkumi seksyen yang boleh dibuka dan ditutup untuk melindungi barangan peribadi dari ‘lencun’ ketika hujan, serta outlet pengecas USB untuk mengecas peranti elektronik.
Yamaha 135LC Fi akan berada di semua pengedar sah Yamaha mulai 14 Mac 2022 dengan harga runcit yang disyorkan bermula dari RM7,798.00 untuk warna standard dan RM8,198.00 untuk Special Edition (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).
Setiap pembelian model Yamaha 135LC Fi akan menerima kunci cakera Yamaha bernilai RM100 secara percuma.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
KOMEN TERKINI