ARKIB

KATEGORI

Buletin

Serlahkan bakat dalam cabaran TikTok #Caltexunstoppablestar dan menangi pelbagai hadiah menarik

Berita Tempatan

Views

Chevron Malaysia Limited (CML) pengedar bahan api jenama Caltex, mengumumkan cabaran TikTok #Caltexunstoppablestar, dengan kerjasama Def Jam Asia Tenggara dan Universal Music Group for Brands.

Cabaran TikTok ini dianjurkan untuk memberi inspirasi kepada pemuzik dan peminat di seluruh Malaysia untuk menyerlahkan kreativiti masing-masing.

Para peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti iPad 10.2-inci, Kad Caltex StarCash bernilai RM500 dan minyak enjin Caltex Havoline Fully Synthetic ECO Series.

Cabaran yang bermula dari 18 Februari 2022 hingga 21 April 2022 telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, dengan lebih 800 juta tontonan di TikTok.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Untuk cabaran ini, sebuah lagu rap 60-saat telah digubah dan diterbitkan bersama oleh SonaOne untuk Caltex, dan dipersembahkan oleh artis dari tiga negara, iaitu Malaysia, Thailand dan Filipina.

Rap tersebut dibahagikan kepada empat bahagian selama 15 saat, setiap satu dengan tahap kelajuan dan kesukaran yang lebih tinggi. Dengan menambah penapis AR TikTok, pengguna boleh rap bersama-sama dan mencipta video rap tersendiri.

Menurut Pengerusi Negara CML, Jay Gomez, menerusi cabaran TikTok ini, para pelanggan dan pengguna biasa boleh berhibur bersama Caltex, sama ada mendengar lagu di dalam kereta, dalam perjalanan atau dari keselesaan rumah sendiri.

Anda boleh menyerlahkan bakat sebagai bintang harapan dengan menghasilkan video cabaran anda sendiri sambil mempersembahkan lagu rap ‘unstoppable Caltex‘ dan Joe Flizzow.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Ini apa yang anda perlu buat untuk menyertai cabaran tersebut:

  • Mendapatkan pautan kepada lagu rap ini, menghasilkan video anda sendiri dan menyertai cabaran TikTok di sini.
  • Peserta mesti menggunakan hanya kesan grafik (penapis) rasmi jenama #Caltexunstoppablestar dalam aplikasi TikTok, dan muzik yang dicipta untuk peraduan.
  • Video mesti dipaparkan di platform TikTok dan harus kekal sebagai video awam sehingga tarikh akhir peraduan.
  • Semua peserta hendaklah meletakkan tanda pagar (hashtag) rasmi #Caltexunstoppablestar dalam keterangan video.
  • Lagu rap penuh ialah selama 60 saat. Rentak semakin pantas setiap 15 saat, menjadikan tahap seterusnya lebih sukar. Peserta memilih tahap yang ingin dikuasai mereka: 1, 2, 3, atau 4 (rap tahap tertinggi).

Untuk setiap 3 minggu, Caltex akan memilih 3 pemenang dengan ‘penyertaan paling kreatif’ yang akan memenangi hadiah berupa iPad 10.2-inci, Kad Caltex StarCash bernilai RM500 dan minyak enjin Caltex Havoline Fully Synthetic ECO Series.

Cabaran TikTok #Caltexunstoppablestar juga akan berlangsung di Filipina dan Thailand. Maklumat mengenai peraduan boleh didapati menerusi pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply