ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yamaha Ego Gear dilancarkan, harga dari RM5,419

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) malam tadi telah melancarkan skuter terbaharunya, Yamaha Ego Gear. Ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu merah, perak dan biru, harga skuter ini bermula dari RM 5,419 (atas jalan tanpa insurans, pendaftaran dan cukai jalan).

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Yamaha Ego Gear tampil dengan gaya rekaan moden dan ranggi, sesuai dengan citarasa muda-mudi. Ia dikuasakan oleh enjin 125cc silinder tunggal dengan teknologi Blue Core yang menjana 9.39 kuasa kuda pada 8,000 rpm dan 9.6 Nm daya kilas pada 5,500 rpm.

Enjin skuter ini dipadankan pula dengan transmisi automatik. Antara ciri-ciri menarik Yamaha Ego Gear termasuklah:

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

  • Soket pengecas USB.
  • Tempat letak kaki mesra kanak-kanak.
  • Lampu hadapan jenis LED dan lampu pandu.
  • Papan lantai anti-gelincir yang lebar.
  • Lampu kecemasan.
  • Sistem ‘Mula dan Henti’.

Pembeli Yamaha Ego Gear bakal menerima kunci cakera brek yang bernilai RM100 secara percuma. Skuter ini akan mula berada di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara pada pertengahan bulan November 2021

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply