Beberapa jam yang lalu laman Instagram rasmi Istana Negara telah memuat naik satu hantaran terkini mengenai KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berkesempatan turun dari kenderaan rasmi Baginda untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya di kawasan Putrajaya.
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
Jika diperhatikan dalam foto-foto yang dimuat naik, kemalangan tersebut membabitkan dua buah kenderaan, sebuah Perodua Alza dan sebuah lagi Toyota Fortuner. Pemandu Perodua Alza, Puan Jasliza Jamil tidak mengalami kecederaan yang serius.
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kemudiannya meneruskan perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Istana Melawati, Putrajaya. Sebelum ini, beberapa foto Baginda beratur untuk membeli makanan di sebuah restoran makanan segera turut tular di media sosial.
Hantaran di laman Instagram itu setakat ini telah menerima lebih 7 ribu likes dan kebanyakan komen dari rakyat Malaysia menyatakan rasa kagum dengan sifat Baginda yang sememangnya sangat berjiwa rakyat. Daulat Tuanku.
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit laman Instagram rasmi Istana Negara dan Facebook
KOMEN TERKINI