ARKIB

KATEGORI

Info

RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

Info

Views

Semalam kilang pengeluaran baharu Proton telah menerima kunjungan Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China dan secara simboliknya kilang tersebut telah memulakan pemasangan percubaan awal unit versi pemasangan tempatan (CKD) Proton X70. Sebenarnya apa yang dipaparkan semalam bukanlah versi yang sebenar kerana ia masih lagi menggunakan hampir keseluruhan komponen dari versi CBU dan hanya untuk menguji peralatan pemasangan di kilang tersebut.

Model yang sebenar hanya akan dipasang pada fasa P1 dan ketika produksi massa. Kami difahamkan versi CKD ini nanti akan mendapat sentuhan kepakaran Proton Ride & Handling setelah mendapat ‘restu’ dari Geely. X70 CKD ini juga akan mempunyai satu lagi pilihan penjana tenaga iaitu 1.5 TGDI yang dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT).

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Dijangka X70 CKD akan ditawarkan dengan 5 atau 6 pilihan varian, namun jika merujuk kepada imej yang tertiris pada hujung tahun lalu, ia bakal ditawarkan dengan 6 pilihan varian. Berikut adalah pilihan varian yang tertiris dalam artikel kami sebelum ini:

  • Standard 2WD (enjin 1.8 liter TGDi dengan transmisi enam kelajuan automatik)
  • Executive 2WD (enjin 1.8 liter TGDi dengan transmisi enam kelajuan automatik)
  • Standard 2WD (enjin 1.5 liter TGDi dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac – DCT)
  • Executive 2WD (enjin 1.5 liter TGDi dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac – DCT)
  • Executive AWD (enjin 1.5 liter TGDi dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac – DCT)
  • Premium 2WD (enjin 1.5 liter TGDi dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac – DCT)

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Besar kemungkinan reka bentuknya tidak akan mengalami perubahan besar dan buat masa ini kami masih belum mendapat perincian mengenai perubahan yang telah dibuat dari segi kosmetik. Namun ada info mengatakan, model X70 CKD akan mempunyai satu lagi ciri tambahan iaitu ‘power boot’. Tetapi tidak pasti ia boleh dikawal dengan Arahan Suara atau tidak.

Setakat ini Proton masih menguji X70 CKD di jalan raya dan ia akan diteruskan sehingga pelancarannya yang dijangka pada suku keempat tahun 2019. Mengenai Saga facelift 2019 pula, desas-desus semakin kuat mengatakan model tersebut akan diperkenalkan pada bulan Julai nanti. Pada masa ini, unit untuk bilik pameran telah mula dipasang di Shah Alam.

Kami akan cuba dapatkan info dari semasa ke semasa, nantikan!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply