Bertalu-talu pun foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 tular di laman sosial, yang terkini untuk varian Standard pula. Kami rasa ramai pemilik Saga semasa bakal ‘menangis tepi bucu katil’ bila melihat foto-foto ini, tapi nak buat macam mana kan, ‘dah nasib badan’.
Tadi foto papan pemuka varian Premium, ini ditambah lagi dengan varian Standard yang turut menampilkan unit audio jenis terapung. Kalau tak percaya, boleh lihat foto-foto di bawah. Kami puji usaha yang dilakukan oleh Proton untuk menambah baik Saga facelift 2019, bukan sekadar perubahan kosmetik luaran, tetapi bahagian kabin turut dipertingkatkan dan yang paling penting transmisi automatik pun juga ditukar.
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Premium tertiris
Berbalik kepada foto-foto ini, jelas rekaan papan pemuka Saga facelift 2019 lebih segar dan terkini dengan kehadiran unit pemain audio (varian Standard) dan unit infohiburan (varian Premium) yang berbentuk seperti sebuah tablet mini. Ia sekaligus merubah rupa papan pemuka yang sebelum ini kelihatan seperti model ‘zaman tori’ kepada yang lebih canggih hatta pada varian Standard.
Bukan nak puji melambung tetapi usaha ini kami memang puji dan nampak impaknya kepada bakal pembeli nanti. Panel meter pula dah nampak lebih ringkas serta elegan. Apabila semua lampu menyala ia nampak jelas dan segala informasinya mudah untuk dibaca, tidak terlalu ranggi.
JOM BACA >> PANAS : Foto unit audio Proton Saga facelift 2019 varian standard tertiris
Cuma ada kedengaran suara-suara dari wargamaya yang mempertikaikan kenapa corong pendingin hawa diturunkan sedikit ke bawah, dan ini mungkin mengakibatkan penumpang di bahagian belakang akan sedikit panas. Yang ini kami tak berani nak komen lebih, kami akan ulas mengenainya selepas memandu ujinya nanti.
Apa pun, Proton dan lakukan yang terbaik untuk Saga facelift 2019 dan walaupun tindakan ini agak kejam kepada pemilik sedia ada, kami yakin ia bakal mengubah persepsi pembeli apabila dilancarkan nanti. Percayalah cakap kami. Nantikan kemunculan model ini pada bulan Ogos, ada juga yang kata bulan Julai. Tunggu je lah ye!
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI