ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kurnia Proton X90 kepada beberapa pegawai berjasa

Berita Tempatan

Views

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sejak dahulu lagi mengurniakan kereta kepada para pegawai yang berjasa serta berdedikasi dalam menjalankan tugas.

Pada hari ini (8 Mac), Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan Proton X90 kepada Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Polis Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara dan Datuk Munir Md Salleh, Pegawai Agama Istana Negara.

Turut menerima kurniaan kereta daripada Seri Paduka Baginda ialah Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin, Mantan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara dan Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kurniaan daripada Seri Paduka Baginda disampaikan YBhg Datuk Zailani Hashim, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara. Kurniaan Seri Paduka Baginda adalah sebagai mengiktiraf sumbangan serta khidmat cemerlang.

Seri Paduka Baginda turut mengurniakan kereta kepada pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Johor, pegawai daerah, doktor perubatan serta jururawat.

Contohnya, pada tahun 2010 Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pada 2018, Baginda telah mengurniakan beberapa unit Proton Suprima kepada semua Pegawai Daerah di Johor.

Dalam menzahirkan penghargaan kepada pasukan perubatan, Seri Paduka Baginda juga pernah mengurniakan 10 Perodua Myvi kepada jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, pada September 2020.

Baginda juga pernah mengurniakan Proton X70 kepada tiga doktor sebagai penghargaan di atas khidmat mereka dalam pasukan perubatan Istana Johor pada 2021.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply