ARKIB

KATEGORI

Buletin

PLI dan Grab Malaysia raikan rakan penghantar wanita sempena Hari Wanita Antarabangsa

Berita Tempatan

Views

PETRONAS Lubricants International (PLI) dan Grab Malaysia telah berganding bahu untuk meraikan rakan penghantaran daripada golongan wanita sempena meraikan Hari Wanita Antarabangsa tahun ini.

Lebih 200 pakej penjagaan yang mengandungi PETRONAS Sprinta (1L) dan barangan eksklusif lain daripada PETRONAS dan Grab telah diagihkan kepada para rakan penghantaran wanita di stesen-stesen PETRONAS yang terpilih di sekitar Lembah Klang.

Antara stesen-stesen yang terlibat adalah PETRONAS Jalan Kolam Ayer, Ampang; PETRONAS Lingkaran Karak, Gombak; dan PETRONAS USJ 20, Subang Jaya.

Selain itu, mereka juga disediakan khidmat pemeriksaan teknikal asas percuma untuk motosikal masing-masing.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PLI, Hezlinn Idris, berkata, pihaknya mahu menghargai dan mengiktiraf para wanita yang berani mengatasi cabaran dan berusaha untuk maju ke hadapan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tambahnya, kerjasama dengan Grab ini membuktikan usaha PETRONAS Lubricants untuk memperkasakan wanita menerusi tawaran produk kami untuk penunggang dari setiap lapisan masyarakat.

Pakar pembangunan produk di Pusat Penyelidikan & Teknologi (R&T) PETRONAS Global di Itali mereka bentuk bendalir PETRONAS Sprinta untuk memberikan perlindungan dan prestasi cemerlang.

Memandangkan lebih ramai wanita yang menyertai profesion tradisional yang dikuasai lelaki, ciri kebolehcapaian dan keselamatan yang ditawarkan oleh aplikasi seperti Grab memudahkan pemerkasaan ekonomi wanita.

Grab mengutamakan keselamatan untuk rakan penghantaran dan pelanggan melalui pelbagai ciri termasuk pengesahan selamat untuk semua pengguna, komunikasi selamat dalam aplikasi dan makluman pemantauan perjalanan berasaskan GPS untuk memberitahu pemandu dan penunggang tentang potensi bahaya.

Pusat Keselamatan menyediakan sumber untuk keselamatan pemandu dan penumpang, manakala ciri maklum balas membolehkan pengguna berkongsi pengalaman mereka dan menyumbang kepada penambahbaikan yang berterusan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Langkah-langkah ini memastikan pengalaman pengangkutan yang selamat dan boleh dipercayai untuk semua orang yang terlibat.

Salah seorang rakan penghantaran, Siti Norsakinah binti Mohd Nazir, yang menghadiri acara itu berkata, dia amat menghargai program anjuran PETRONAS ini. Sokongan yang diterima daripada PETRONAS dan Grab meyakinkan dan mendorong saya untuk terus melakukan yang terbaik.

Bagi Nur Adibah bte Haripin pula, dia amat gembira kerana dapat membawa perubahan dalam kehidupan orang ramai setiap hari. Dia juga merasakan satu kekuatan kerana mampu bekerja untuk diri sendiri dan melakukan sesuatu mengikut caranya sendiri.

Para wanita rakan penghantaran mengubah norma dan mencabar jangkaan setiap hari dan daya tahan mereka pastinya membawa #InspirasiKeterangkuman di seluruh dunia dan membuktikan menunjukkan bahawa wanita boleh mencapai apa sahaja yang mereka inginkan.

Menerusi penyelidikan dan dedikasi yang konsisten untuk masyarakat yang lebih positif dari semua lapisan masyarakat, PLI secara konsisten menyasarkan untuk menjangkau sempadan dan kekal bersemangat tentang kemajuan ke arah masa depan yang lebih cerah untuk semua.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply