ARKIB

KATEGORI

Buletin

Zeekr sah masuk ke pasaran Malaysia menerusi Sentinel Automotive – Bakal lancar dua model, Zeekr X dan Zeekr 009

Berita Tempatan

Views

Zeekr pada 8 Jun lalu telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan syarikat Sentinel Automotive Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur dan  PT Premium Auto Prima di Jakarta, sekali gus mengesahkan kemasukan jenama itu ke pasaran Malaysia dan juga Indonesia.

Di Malaysia, cawangan pengedar pertama Zeekr adalah di Kuala Lumpur, manakala beberapa cawangan pengedar yang lain akan dibina di bandar-bandar utama seperti di Selangor dan Pulau Pinang.

Cawangan pengedar pertama Zeekr di Indonesia pula terletak di Jakarta dan beberapa cawangan juga akan dibuka di bandar-bandar utama seperti di Surabaya dan Bandung, yang kini sedang dalam pembinaan.

Versi pemanduan kanan (RHD) SUV, Zeekr X dan MPV, Zeekr 009 akan menjadi model mercu pertama yang bakal memasuki pasaran Malaysia dan Indonesia.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Pada 7 Jun lalu, CNC melaporkan unit pertama versi RHD Zeekr X telah mula keluar dari barisan pemasangannya di China, dengan penghantaran ke luar negara dijangka bermula pada suku ketiga (Q3) tahun ini.

Pada masa ini, Zeekr berada di lebih daripada 25 pasaran di seluruh dunia dan dijangka memasuki lebih daripada 50 pasaran antarabangsa tahun ini, meliputi Eropah, Asia, Oceania dan Amerika Latin.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran Asia Tenggara dengan populasi 700 juta telah menjadi medan persaingan baharu dalam kalangan pengeluar kereta, yang turut merangkumi Indonesia, negara keempat paling ramai penduduk di dunia menurut Biro Banci Amerika Syarikat.

Setakat tahun ini, Zeekr telah pun memasuki Filipina, Laos dan Myanmar, dan secara beransur-ansur memulakan penghantaran ke pasaran RHD seperti Singapura, Hong Kong dan Macau.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pada bulan Mei, Zeekr menghantar 18,616 kenderaan, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 115 peratus dan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 16 peratus.

Ini menjadikan penghantaran terkumpulnya dari Januari hingga Mei kepada 67,764 kenderaan, mencapai 29.46 peratus daripada sasaran jualannya 230,000 kenderaan.

Sehingga akhir Mei, Zeekr telah membuka 392 cawangan pengedar di seluruh dunia, membina 1,076 stesen pengecasan, dan melancarkan 487 stesen pengecasan ultra-pantas, dengan sejumlah 2,615 unit pengecasan ultra-pantas.

Bilangan stesen pengecas ultra-pantas dijangka akan meningkat kepada 1,000 pada 2024 dan 10,000 menjelang 2026. – CarNewsChina

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit zeekrglobal

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply