ARKIB

KATEGORI

Buletin

Zizan menyesal beli Ferrari F430, patut beli rumah dulu

Tular

Views

Pelakon dan pelawak Zizan Razak semalam mendedahkan penyesalan terbesar sepanjang kehidupannya iaitu membeli kereta mewah, Ferrari pada usia muda. Menurut K! ONLINE, artis dengan nama sebenar Muhammad Razizan Abdul Razak itu memaklumkan, apa yang lebih penting sebenarnya adalah memiliki aset hartanah.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, ada sesetengah individu meminta pendapat sama ada nak beli Nissan GT-R atau Ford Mustang namun Zizan menjawab ‘jangan’. Nasihatnya, tidak perlu membeli kereta mewah, namun bergantung pada kemampuan masing-masing.

Jelas Zizan, mungkin itu adalah sasaran atau impian, tetapi menurutnya ia tidak bagus untuk masa depan seseorang. Tambahnya, apa yang paling bagus adalah membeli rumah. Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu berkongsi perihal rawak itu dalam satu siaran langsung Instagram bersama Joe Flizzow, Fakkah Fuzz dan usahawan, Pak Din semalam.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Ujar Zizan, memiliki kediaman sendiri adalah satu pelaburan yang bijak berbanding tergesa-gesa membeli kereta mewah sewaktu berada di zaman puncak populariti. Kata Zizan sambil berseloroh, rumah untuk hujung hari, sementara kereta akan sentiasa bertukar, sekejap GTR, selepas itu GTO dan mungkin juga GTB.

Terdahulu, sekitar tahun 2015, Zizan dilaporkan memiliki sebuah kereta mewah Ferrari model F430 berwarna kuning dianggarkan berharga RM1.5 juta selepas sahabatnya, Tauke yang juga merupakan seorang pelawak berkongsi sekeping foto dalam Instagram.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply